[Video] “Terbaik Lah!” – Ramai Teruja Tengok Kereta Kebal Buat Aksi Wikang Ketika Raptai Hari Kebangsaan
Menerusi video tersebut, kelihatan deretan kereta kebal milik ATM sedang bergerak di dalam satu barisan di Jalan berhampiran Dataran Merdeka.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Sambutan Hari Kebangsaan yang akan diadakan 31 Ogos ini. Sehubungan itu semuga agensi kerajaan yang bakal menyertai acara perbarisan sudah pun memulakan latihan agar upacara bersejarah itu berjalan dengan lancar.
Latihan yang dijalankan itu disaksikan ribuan warga di sekitar Kuala Lumpur dan sekaligus menaikkan semangat mereka untuk menyambut hari bersejarah tanah tercinta ini.
BACA JUGA: 18 Jalan Sekitar KL Ditutup Mulai 26 Ogos Untuk Raptai Hari Merdeka
Tidak kurang juga yang merakam momen-momen latihan itu untuk disimpan sebagai kenangan dan juga dikongsi di dalam media sosial.
Paling mengujakan para penonton adalah latihan daripada Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang terdiri dari unit udara, darat atau laut kerana peralatan serta jentera yang digunakan merupakan sesuatu yang jarang dapat dilihat di depan mata.
BACA JUGA: [Watch] Second Armoured Vehicle Stalls Near National Museum Due To Engine Failure
Kereta kebal brek mengejut hingga terangkat bahagian belakang
Namun siapa sangka, seorang individu berjaya merakam aksi di mana salah satu kereta kebal terpaksa melakukan brek mengejut hingga menyebabkan bahagian belakangnya terangkat sedikit ke atas.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @abefaiz86, lelaki tersebut menunjukkan suasana di sekitar kawasan Dataran Merdeka pada hari pertama latihan perbarisan Hari Kebangsaan.
“Hari pertama raptai perbarisan hari kemerdekaan Dataran Merdeka,” tulisnya di kaspyen.
Deretan kereta kebal di Jalan Dataran Merdeka
Pada video sama, kelihatan jelas deretan kereta kebal sedang bergerak dalam satu barisan di Jalan berhampiran Dataran Merdeka.
Secara tiba-tiba kesemua kereta kebal itu berhenti menyebabkan salah satu terpaksa melakukan brek kecemasan menyebabkan bahagian belakang kereta kebal tersebut terangkat seperti aksi wikang (wheelie belakang) motosikal.
Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial teruja dengan aksi yang dilakukan oleh kereta kebal tersebut dan tidak kurang juga yang memuji kecekapan pemandu yang sentiasa berjaga-jaga.



Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.