Now Reading
18 Jalan Sekitar KL Ditutup Mulai 26 Ogos Untuk Raptai Hari Merdeka

18 Jalan Sekitar KL Ditutup Mulai 26 Ogos Untuk Raptai Hari Merdeka

Jalan Sultan Hishamuddin dan Jalan Tunku Raja adalah antara jalan yang akan ditutup dari jam 6.00 pagi hingga 12.00 tengah hari untuk memberi laluan kepada raptai hari kebangsaan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kurang dari tujuh hari lagi, kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 pada tahun ini.

Kebiasaannya, acara tahunan tersebut akan disambut dengan penuh meriah di seluruh negara dengan adanya perarakan serta persembahan berunsur patriotik bagi memperingati tarikh bersejarah buat Malaysia.

Dataran Merdeka merupakan lokasi tumpuan orang ramai pada tarikh 31 Ogos setiap tahun untuk menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Sambutan yang cukup bermakna buat Malaysia ini pastinya memerlukan persiapan rapi dalam beberapa tempoh menjelang 31 Ogos.

Sumber: First Classe

18 jalan sekitar Kuala Lumpur akan ditutup buat sementara waktu

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook (Jabatan Penerangan WPKL), 18 jalan sekitar Kuala Lumpur akan ditutup dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari bermula 26 Ogos sehingga 31 Ogos 2022 bagi memberi laluan kepada raptai perarakan.

Antara jalan yang akan ditutup dan dilencongkan adalah mengikut tarikh ditetapkan adalah seperti:

26 Ogos 2022 (Raptai skeleton)

  • Jalan Sultan Hishamuddin
  • Jalan Raja (Dataran Merdeka)
Sumber: Dreamstime

27 Ogos hingga 29 Ogos (Raptai penuh)

  • Jalan Raja
    • Semua jalan yang menghala ke Jalan Raja (Dataran Merdeka) akan ditutup.
  • Jalan Travers
    • Jalan Travers menuju ke Dataran Merdeka akan ditutup.
    • Semua kenderaan dari arah Bangsar akan dilencongkan ke arah Jalan Damansara menghala ke Parlimen.
  • Jalan Damansara
    • Susur ke Jalan Travers dari Jalan Damansara (dari arah Seremban Highway belakang Muzium Negara) akan ditutup.
    • Semua kenderaan akan dilencongkan ke Jalan Parlimen.
  • Jalan Damansara (arah ke Bangsar)
    • Susur Jalan Travers ke arah Dataran Merdeka dan susur Jalan Parlimen ke arah Parlimen akan ditutup.
    • Semua kenderaan akan dilencongkan ke arah Bangsar.
  • Bulatan Hishamuddin
    • Jalan Lembah (Masjid Negara) dan Jalan Tugu (Klinik Tangling) menghala ke Bulatan Hishamuddin akan ditutup.
    • Semua kenderaan akan dari arah Jalan Parlimen menghala ke Jalan Tangling akan dilencongkan ke Jalan Cenderawasih (Majid Bukit Aman) dan menghala semula ke Jalan Parlimen.
  • Jalan Kinabalu (arah Selayang)
    • Susur ke Bulatan Hishamuddin di Jalan Kinabalu dari arah Selayang menuju ke Cheras akan ditutup.
    • Kenderaan dilencongkan ke Jalan Loke Yew arah Cheras.
  • Jalan Kinabalu (arah Cheras)
    • Sususr ke Jalan Sultan Hishamuddin menghala ke Dataran Merdeka di Jalan Kinabalu dari arah Cheras menghala ke Selayang akan ditutup.
    • Semua kenderaan akan dihalakan ke arah Selayang.
Sumber: Penang Travel Tips

31 Ogos (Hari Kemerdekaan)

  • Jalan Travers
  • Jalan Damansara (arah Bangsar)
  • Jalan Damansara
  • Bulatan Hishamuddin
  • Jalan Kinabalu (arah Selayang)
  • Jalan Kinabalu (arah Cheras)
  • Jalan Kinabalu (Bulatan Dato Onn)
  • Jalan Kuching
  • Bulatan Dato Onn (dari Jalan Parlimen)
  • Bulatan Dato Onn (dari Jalan Sultan Salahuddin Bank Negara)
  • Jalan Tun H.S. Lee
  • Jalan Hang Lekiu
  • Jalan Hang Kasturi
  • Jalan Tunku Abdul Rahman
  • Jalan Raja Laut
  • Jalan Munshi Abdullah
  • Jalan Dang Wangi
  • Jalan Bunus 6
Sumber: Wikimedia Commons

Kepada mereka yang ingin membawa kenderaan sendiri, diingatkan bahawa tempat letak kereta adalah terhad.

Antara lokasi sekiranya anda ingin memarkir kereta adalah:

  • Sekitar Masjid India (parkir awam di sekitar Jalan Munshi Abdullah)
  • Parkir awam berhadapan IPD Dang Wangi
  • Sekitar Jalan Sultan Salahuddin
  • Parkir bertingkat di hadapan Bukit Aman

Bagi pemandu e-hailing pula, anda dinasihatkan untuk menurunkan penumpang di sekitar kawasan Masjid India dan Jalan Parlimen.

Pengangkutan awam beroperasi seawal 4.30 pagi pada 31 Ogos

Dalam pada itu, Rapid KL turut mengeluarkan satu kenyataan menerusi laman Facebook (Rapid KL) bahawa waktu operasi pengangkutan awam termasuklah LRT, MRT dan Monorel pada 31 Ogos akan beroperasi seawal 4.30 pagi.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd