Now Reading
12 Promosi Makan & Minum Yang Best Sempena Hari Merdeka. Jom Serbu!

12 Promosi Makan & Minum Yang Best Sempena Hari Merdeka. Jom Serbu!

Antara premis makanan dan minuman yang menawarkan promosi sempena Hari Merdeka adalah McDonald’s, Subway, KFC dan Secret Recipe.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Dalam tempoh beberapa hari lagi, kita bakal menyambut Hari Kebangsaan Ke-65 pada tahun ini.

Kebiasaannya, acara tahunan tersebut akan disambut dengan penuh meriah di seluruh negara dengan adanya perarakan serta persembahan berunsur patriotik bagi memperingati tarikh bersejarah buat Malaysia.

Bagi 31 Ogos tahun ini, Dataran Merdeka akan menjadi lokasi tumpuan orang ramai untuk menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Promosi menu hidangan serendah RM6.50 sempena Hari Merdeka

Nak tahu tak apa lagi yang seronok ketika Hari Merdeka? Ada banyak tawaran menarik di kebanyakan kedai makanan dan minuman (F&B) seperti mana yang dikongsikan oleh pengguna Twitter (@empayarkerjaya).

Sempena Hari Merdeka yang ke-65, beberapa kedai menawarkan promosi hidangan mereka dengan harga RM6.50 atau diskaun RM6.50.

Nak tahu kedai apa yang anda boleh serbu untuk dapatkan promosi ini? Jom baca sampai habis!

1. McDonald’s

McDonald’s kembali lagi dengan Karnival Pandu Lalu mereka pada Hari Merdeka ini. Dalam karnival ini, ada macam-macam jenis aktiviti berbeza untuk membolehkan anda mendapat pelbagai barangan percuma (Hanya untuk pelanggan di kaunter Drive-Thru sahaja).

  • Nasi Lemak McD percuma (25-28 Ogos)
    • Pandu Lalu dengan kereta berwarna merah, biru, kuning atau putih dan jerit “Saya Anak Malaysia” di kaunter untuk memenangi Nasi Lemak McD Percuma.
  • Nasi Lemak McD dan air Milo percuma (31 Ogos)
    • Jerit “Merdeka” sebanyak tiga kali di kaunter Pandu Lalu untuk dapatkan Nasi Lemak McD dan air Milo secara percuma.

2. KFC

Yay! KFC pun ada promosi sempena hari Merdeka ini.

Anda boleh dapatkan satu ayam KFC bersama menu tambahan seperti Kentang Putar, Nasi Kolonel atau Sos Jalapeno dengan hanya RM6.50.

Cepat-cepat, tawaran ini hanya sah sehingga 31 Ogos sahaja.

3. Marrybrown

Marrybrown juga tidak terlepas untuk membuat promosi menu mereka iaitu Nasi Lemak Marrybrown dengan harga RM6.50 pada 31 Ogos ini.

Kalau diikutkan, harga normal bagi hidangan tersebut adalah RM10.70.

4. Burger King

Dapatkan burger Chick’N Crisp atau Whopper Jr dengan minuman Coke saiz sederhana pada harga RM6.50 hanya pada 31 Ogos ini di mana-mana cawangan Burger King kecuali:

  • Sunway Lagoon
  • Medini Mall
  • Johor Premium Outlets
  • Genting Highland Premium Outlets
  • Mitsui Premium Outlets
  • Langkawi
  • Cawangan di lapangan kapal terbang.

5. Texas Chicken

Texas Chicken turut tidak ketinggalan untuk serta promosi RM6.50 ini.

Anda boleh dapatkan Classic Burger dengan tiga daging pati serta minuman Zero Calorie Coke dengan harga RM6.50 pada 31 Ogos ini.

6. Subway

Biskut Subway adalah antara biskut yang paling sedap! Setuju tak?

Eh nak tahu tak apa yang lagi best? Subway buat promosi enam biskut pelbagai perisa hanya dengan harga RM10 sahaja!

Apa tunggu lagi, jom serbu Subway mulai 24 Ogos sehingga 6 September ini.

7. Secret Recipe

Dengan pembelian kedua pada 31 Ogos bermula jam 12:00 tengah hari sehingga 5:00 petang, anda boleh nikmati promosi sepotong kek pada harga RM6.50 di Secret Recipe.

8. US Pizza

Kalau tekak anda terasa nak makan selain burger dan Nasi Lemak, jom cari pizza pula!

US Pizza kini menawarkan potongan harga sebanyak 50% sempena Merdeka dan Hari Malaysia apabila anda membuat pesanan menggunakan aplikasi mereka.

Promosi ini sah bermula 16 Ogos sehingga 30 September ini.

9. Tealive

Buat penggemar minuman kopi, Tealive menawarkan diskaun sebanyak 31% pada minuman kopi mereka bermula dari 17 sehingga 31 Ogos.

10. Dunkin Donuts

Mengidam makanan manis? Donkin Donuts menawarkan potongan harga sebanyak RM6.50 jika anda membeli Kombo B yang mengandungi sembilan donut dan dua minuman Teh Tarik Ais.

Daripada harga RM41.20, kini anda boleh mendapatkan kombo tersebut pada harga RM34.70. Berbaloi juga kan?

Jom dapatkan promosi ini sebelum ianya berakhir pada 31 Ogos ini.

11. 7-Eleven

Kalau pergi 7-Eleven, tak sah kalau tak singgah beli minuman popular mereka dikenali sebagai ‘Slurpee’.

Mulai 24 Ogos sehingga 18 September, harga Slurpee bersaiz 22oz dengan mana-mana perisa hanya berharga RM2 sahaja!

12. Santan

Teringin juga nak rasa aiskrim berperisa patriotik. Percaya tak? Baru-baru ini Santan ada keluarkan aiskrim berperisa Nasi Lemak!

Santan menawarkan diskaun kepada aiskrim perisa Nasi Lemak dan juga Gula Melaka pada harga RM4.50 berbanding harga asalnya RM8.80.

Lain daripada yang lain ni. Kena cuba!


Ada banyak lagi premis perniagaan makanan dan minuman yang membuat promosi bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini seperti:

  • Auntie Anne’s
  • Starbucks
  • Sushi King
  • Baskin Robbin
  • Street Churros
  • Teh Tarik Place

Lepas anda selesai tengok perarakan Sambutan Kemerdekaan, boleh lah singgah di mana-mana cawangan F&B di atas dengan ahli keluarga atau rakan-rakan untuk mendapatkan tawaran menarik pada hari bersejarah.

BACA JUGA: Ini 5 Kedai Anda Boleh ‘Claim’ Hadiah Percuma Waktu Birthday


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd