Now Reading
[Video] Anak Hanis Zalikha Teruja Dapat Duit Raya RM1 Dipuji Netizen

[Video] Anak Hanis Zalikha Teruja Dapat Duit Raya RM1 Dipuji Netizen

Anak Hanis Zalikha iaitu Alisa Aisyah nampaknya lagi teruja dapat duit raya RM1 berbanding RM50.

duit raya

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila tiba musim perayaan, duit raya adalah salah satu elemen yang menjadi tradisi sehingga kini. Kebiasaannya orang dewasa yang sudah bekerja dan berkemampuan akan menghulurkan duit raya kepada kanak-kanak yang datang ke rumah.

Yang dah besar tu kalau ada rezeki dapatlah juga duit raya, tapi jangan letak harapan tinggi sangat ya! Takut kecewa pula.

BACA JUGA: Anak Sulung Neelofa, Bilal Terima RM14,020 Duit Raya Tahun Ini

Anak Hanis Zalikha seronok dapat duit raya RM1

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pelakon wanita iaitu Hanis Zalikha di TikTok (Hanis Zalikha), ibu kepada dua orang anak bernama Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah ini menunjukkan beberapa gelagat cahaya matanya ketika membuka sampul duit raya yang diterima.

Apa yang mencuri perhatian netizen adalah apabila melihat reaksi teruja Yusuf dan Alisa setiap kali membuka sampul duit raya waluapun ‘isinya’ hanyalah beberapa ringgit sahaja.

Di dalam video tersebut, Alisa nampaknya lagi teruja dapat duit RM1 berbanding RM50.

Di akhir video itu juga, Hanis Zalikha dilihat mengajar anak lelakinya Yusuf untuk berdoa kepada mereka yang telah menggembirakan kanak-kanak dengan pemberian duit raya.

Netizen suka tengok cara Hanis Zalikha didik anak-anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Hanis Zalikha mendidik anak-anaknya untuk bersyukur dengan setiap pemberian walaupun kecil nilainya.

Netizen yang tengok video ini pun teruja bila melihat reaksi Yusuf dan Alisa. Comel sangat!

Sebab itulah pentingnya didikan yang baik dari ibu bapa sejak dari kecil kerana ahli keluarga memainkan peranan besar dalam membeentuk seseorang menjadi individu yang berakhlak baik.

Walaupun Yusuf dan Alisa masih kecil, kita sebagai orang dewasa pun boleh belajar sesuatu daripada mereka iaitu untuk sentiasa bersyukur dengan segala pemberian daripada orang lain.

BACA JUGA: [Video] Hanis Zalikha & Keluarga Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd