Anak Sulung Neelofa, Bilal Terima RM14,020 Duit Raya Tahun Ini
Neelofa dan PU Riz juga dilihat buat pertama kalinya berkongsi gambar keluarga menerusi akaun Instagram.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Sudah menjadi tradisi ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri buat mereka yang mampu dan sudah mendirikan rumah tangga untuk memberikan duit raya buat ahli keluarga yang terdekat, kanak-kanak serta mereka yang datang berkunjung di rumah.
Untuk mereka yang masih bujang dan sudah bekerja, harapan untuk menerima duit raya itu agak tipis. Tapi sebaliknya, perlu memberikan duit raya buat anak-anak saudara dan anak-anak buah yang ada.
Setahun sekali, ye tak?

Neelofa & PU Riz kira duit raya Bilal.
Pasangan selebriti Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada tahun ini dilaporkan telah mencecah RM14,020. Perkara itu telah disahkan sendiri oleh pasangan ini menerusi satu video di aplikasi TikTok @neelofa sendiri sekitar dua jam lalu.
Alhamdulillah, jazakallahukhair pada semua yang memberi duit raya pada Muhammad Bilal. Sampai ada juga beri 1000 Dirham. Jadi, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipan RM14,020. Masya-Allah, hebat daripada kita lagi.
Kata PU Riz menerusi video tersebut.
Video tersebut telah berjaya meraih lebih 100,000 tanda suka dan 3,213 komen setakat artikel ini ditulis.
Untung jadi Muhammad Bilal.
@neelofa ♬ Eid Mubarak – Aayat Arif
Pertama kali kongsi gambar keluarga
Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini juga, Neelofa dan PU Riz dilihat buat pertama kalinya berkongsi gambar mereka sekeluarga di Instagram.
Walau bagaimanapun, mereka meletakkan emoji bagi menutupi wajah anak sulung mereka, Muhammad Bilal.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.