[Video] Hanis Zalikha & Keluarga Bercuti Ke Pulau Naik Helikopter
Untung Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah, kecil-kecil dah dapat naik helikopter.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Rakyat Malaysia dilihat menarik nafas lega apabila kebenaran untuk merentas negeri kini telah diberikan oleh pihak kerajaan selepas beberapa bulan ‘terkurung’ di rumah.
Sejurus kebenaran diumumkan, ramai yang berpusu-pusu menempah tiket penerbangan, merancang untuk pulang ke kampung, bercuti di pulau, dan sebagainya.
Pendek kata, ramai yang dah mula tulis itinerari.
Flight? No. Heli? Yes!
Tapi berbeza pula dengan selebriti terkenal tanah air ini iaitu Hanis Zalikha serta suami, Hairul Azreen yang menjadi buah mulut orang ramai baru-baru ini setelah dilihat ‘terbang’ menaiki helikopter untuk bercuti ke pulau.
Wah, ini baru betul next level.
Perkongsian video dan gambar tersebut telah dimuat naik oleh instagram rasmi mereka berdua.
Hairul menjelaskan bahawa ini merupakan percutian pertama buat anak perempuannya iaitu Alisa.
Mana taknya, ‘baby PKP’ memang membesar di rumah saja.
Tapi sejujurnya, lawa betul pemandangan sepanjang mereka menuju ke destinasi. Untung Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah dapat naik helikopter pada usia masih kecil.
‘Next level’, kata rakan-rakan artis
Perkongsian tersebut turut meraih perhatian segelintir rakan artis yang turut meninggalkan komen dan menyifatkan percutian ini sebagai ‘next level’.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.
Siti Murni Azman is a Malaysian journalist and editor currently serving as Head Writer and Assistant Editor for The Rakyat Post BM. Known for her relatable and distinctly local storytelling, she frequently covers lifestyle topics including food, café culture, entertainment, consumer trends, and viral social conversations, while also contributing across multiple editorial pillars. Before joining The Rakyat Post, she was involved in social media marketing for AirAsia BIG Rewards, where she worked on digital campaigns and audience engagement. Beyond editorial work, she also manages sponsored content and client collaborations, working closely with brands on digital storytelling tailored for Malaysian audiences.