Now Reading
Khairul Aming Dedah Teknik Elak Serbuk & Rempah Masakan Dirampas Pihak Kastam New Zealand

Khairul Aming Dedah Teknik Elak Serbuk & Rempah Masakan Dirampas Pihak Kastam New Zealand

Antara senarai rempah yang berjaya melepasi kastam di New Zealand adalah serbuk kunyit, perencah sup, pes ikan bakar dan perencah nasi goreng kampung.

khairul aming tips bawa serbuk pergi luar negara (5)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak kisahlah melancong ke mana-mana negara sekali pun, makanan Malaysia juga yang akan dicari dan boleh mengenyangkan. Contohnya hidangan nasi.

Jangan terkejut kalau bagasi sesetengah rakyat Malaysia juga dipenuhi dengan bahan masakan selain dari pakaian mereka ketika bercuti.

Walau bagaimanapun, sesetengah kastam mempunyai tahap keselamatan yang agak ketat untuk memberi kebenaran terhadap kemasukan beberapa barang seperti serbuk dan rempah ke dalam negara mereka.


Khairul Aming Beri Tips Untuk Bawa Masuk Serbuk Dan Rempah Masakan Ke New Zealand

Baru-baru ini menerusi Instagram Story (IG Story) dimuat naik oleh influencer Khairul Aming, dia telah berkongsi tips yang dilakukan bagi membolehkan beberapa serbuk masakan dibenarkan untuk dibawa masuk menerusi kastam New Zealand di lapangan terbang.

Khairul Aming mendedahkan dia telah mengikuti tips yang dijumpai di laman Facebook bagi membolehkan pihak imigresen memberi ‘lampu hijau’ untuk pelancong membawa beberapa jenis rempah masakan.

Btw tadi kan barang-barang makanan yang aku bawa dari Malaysia semua lepas. Tak kena buang, tak rampas. Benda ni sangat membantu sebab aku nampak orang kat Facebook buat. So aku follow benda sama.

Influencer Khairul Aming.
Sumber: Instagram @khairulaming

Antara rempah yang dibawa oleh Khairul Aming adalah serbuk kunyit, perencah sup, pes ikan bakar dan perencah nasi goreng kampung.

Dalam jadual yang dicetak dalam beberapa helai kertas itu, influencer berkenaan telah menyenaraikan beberapa maklumat penting seperti:

  • Gambar barangan
  • Nama produk dan jenama
  • Bahan-bahan dalam produk
  • Kuantiti dan berat barangan

Jelasnya lagi, pihak kastam kelihatan gembira dan berterima kasih kepada Khairul Aming kerana tindakannya telah memudahkan urusan di bahagian imigresen.

Tips berguna itu juga telah dimuat naik semula oleh pengguna di laman X (Twitter @arfdy12) hingga mendapat banyak perhatian di media sosial.


Netizen Kagum Lihat Usaha Khairul Aming Untuk Bawa Masuk Rempah Masakan Ketik Bercuti

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan kagum melihat usaha dilakukan oleh Khairul Aming untuk memudahkan urusan barangan masakan itu dibawa masuk ke negara yang mempunyai urusan imigresen agak ketat.

Siap ada yang menganggap cara Khairul Aming itu seolah-olah seperti membuat tugasan penyelidikan di universiti.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen berpendapat tips tersebut adalah satu tindakan yang bijak dan boleh menjadi contoh kepada para pengembara yang lain.

“Influencer macam ini yang kita perlukan lebih banyak di Malaysia. Done kipas KA,” kata netizen.

Difahamkan Australia dan New Zealand mempunyai kawalan keselamatan yang sangat tegas apabila melibatkan urusan bawa masuk makanan dari negara lain.

Sumber: X (Twitter)

Siapa Sebenarnya Khairul Aming Ini?

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berusia 31 tahun merupakan pengasas kepada perniagaan Sambal Nyet yang mula diusahakan bermula pada tahun 6 Januari 2021.

Sumber: Instagram @sambalnyet

Khairul Aming yang dilahirkan pada 25 September 1992 sebelum ini telah memulakan kerjayanya sebagai ‘content creator’ sejak berumur 26 tahun dengan mewujudkan laman Facebook Rasapop.

Selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya, cef selebriti ini gigih untuk bangkit semula dalam menghasilkan konten masakan serta membuka perniagaan.

Baca Artikel Berkaitan: Penangan Khairul Aming, Gerai Cendol Di Taman Melati ‘Sold Out’ Kurang 24 Jam Selepas Viral

Baca Artikel Berkaitan: “Senang Je Tiru” – Netizen Bengang Kemunculan Sambal Nyet Menyerupai Produk Khairul Aming

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Perjalanan Jadi ‘Content Creator’, Bermula Dari Lantai Ke Studio


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd