Now Reading
Penangan Khairul Aming, Gerai Cendol Di Taman Melati ‘Sold Out’ Kurang 24 Jam Selepas Viral

Penangan Khairul Aming, Gerai Cendol Di Taman Melati ‘Sold Out’ Kurang 24 Jam Selepas Viral

Antara menu yang laris dijual di gerai cendol dipromosikan oleh Khairul Aming adalah menu mi bandung.

khairul aming promote kedai cendol (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penangan cef selebriti dan influencer Khairul Aming ini memang lain daripada yang lain. Apa sahaja yang digunakan olehnya dalam bidang masakan pasti ramai yang mahu mengikuti jejak langkahnya.

Sebelum ini, daging lembu oblong jenama Ramly habis dijual di sebuah kedai kerana dipercayai dibeli oleh pelanggan yang mahu membuat resepi burger McMing oleh Khairul Aming.

Bukan setakat itu sahaja, produk jualannya iaitu Sambal Nyet juga selalu ‘sold out’ dalam tempoh beberapa minit sahaja setiap kali dibuka untuk pembelian secara atas talian.

Baca Artikel Berkaitan: Daging Oblong Jenama Ramly ‘Sold Out’ Gara-gara Resepi McMing Dari Khairul Aming

Baca Artikel Berkaitan: “Paling Laju Sold Out Sepanjang 3 Tahun” – Khairul Aming Terkejut 13,000 Sambal Nyet ‘Sold Out’ Dalam 2 Minit


Khairul Aming Promosi Gerai Cendol Di Taman Melati

Baru-baru ini, Khairul Aming telah mempromosikan sebuah gerai cendol di Taman Melati yang sering dikunjunginya apabila mahu menikmati hidangan seperti mi bandung, bihun sup dan cendol.

Katanya harga pun murah. Semangkuk cendol cuma RM1 sahaja.

Dalam ciapan berkenaan, Aming juga memuat naik video dia menjamu selera dan membuatkan ramai orang terliur, termasuklah penulis sendiri.

Aming turut memberitahu bahawa dia telah meminta izin daripada pemilik gerai untuk mempromosikan perniagaan tersebut.

Bukan itu sahaja, owner kedai pun dah siap sediakan pekerja tambahan selepas dapat tahu Aming mahu mempromosikan gerai cendol miliknya.


Penangan Khairul Aming Beri Rezeki Kepada Gerai Cendol Di Taman Melati

Dalam satu ciapan lain dimuat naik sehari selepas itu, Aming mendedahkan gerai cendol terbabit telah dipenuhi dengan ramai pelanggan yang beratur panjang untuk menikmati hidangan di sana.

Mi bandung pun katanya laris dijual sehingga ‘sold out’ walaupun Aming baru sahaja mempromosikan kedai tersebut kurang dari tempoh 24 jam.

Kalau anda tonton video yang dimuat naik, memang ramai sungguh orang beratur sehingga ada yang sanggup menahan terik matahari dan berpayung.

Melihat sokongan yang diberikan kepada gerai cendol itu, Aming mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana telah melimpahkan rezeki buat peniaga terbabit.


Netizen Kagum Dengan Pengaruh Khairul Aming

Perkongsian perkembangan terbaharu oleh Khairul Aming tentang sambutan orang ramai terhadap gerai cendol berkenaan meraih pelbagai reaksi positif dari netizen di media sosial.

Rata-rata netizen memuji kekuatan pengaruh Khairul Aming sehingga berjaya membuatkan ramai pelanggan menyerbu perniagaan itu dalam tempoh yang singkat selepas dipromosikan.

“Ini baru influencer sebenar,” kata netizen.

Pada masa yang sama, sesetengah netizen turut mendoakan agar Aming dimurahkan rezeki kerana dikatakan menjadi salah satu faktor yang melariskan sesuatu produk atau jualan.

Sumber: X (Twitter)

Siapa Sebenarnya Khairul Aming Ini?

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman berusia 31 tahun merupakan pengasas kepada perniagaan Sambal Nyet yang mula diusahakan bermula pada tahun 6 Januari 2021.

Khairul Aming yang dilahirkan pada 25 September 1992 sebelum ini telah memulakan kerjayanya sebagai ‘content creator’ sejak berumur 26 tahun dengan mewujudkan laman Facebook Rasapop.

Sumber: Instagram @sambalnyet

Selepas mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya, cef selebriti ini gigih untuk bangkit semula dalam menghasilkan konten masakan serta membuka perniagaan.

Kisah tentang pengalaman hidup Khairulaming ini cukup memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk tidak mudah berputus asa.

Artikel Berkaitan: “Pernah 4 Kali Gagal Bisnes” – Khairulaming Kongsi Cerita Inspirasi Perjalanan Hidup Selama 10 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd