[Video] Khairul Aming Kongsi 4 Jenis Resepi Air Untuk Berbuka Puasa. Semua Nampak Sedap!
Antara resepi air yang dikongsikan oleh Khairul Aming untuk segmen ’30 Hari 30 Resepi’ di bulan Ramadan adalah Zapple Kasturi dan Keladi Float.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Kalau korang jenis tak ada idea nak masak juadah apa untuk berbuka puasa di bulan Ramadan, jangan risau kerana influencer Khairul Aming akan kembali lagi dengan video ’30 Hari 30 Resepi’ buat tahun ketujuh.
Video resepi ini bukan biasa-biasa ya kerana ia mencetuskan fenomena pada tahun lalu sehingga sebuah pasar raya di Alor Setar, Kedah juga telah menyediakan ruangan khas untuk para pelanggan mereka yang ingin membeli bahan mengikut resepi influencer tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Pasar Raya Di Alor Setar Buat Rak Khas Untuk Bahan Resepi Khairul Aming
Untuk hari pertama berpuasa hari ini (12 Mac), agak-agaknya apa menu yang dikongsikan oleh Khairul Aming?
Khairul Aming Kongsi 4 Resepi Air Untuk Diminum Ketika Berbuka Puasa
Menerusi video dimuat naik oleh Khairul Aming di laman TikTok (@khairulaming) bagi segmen ’30 Hari 30 Resepi’ pada tahun 2024, terdapat empat jenis resepi minuman berais yang dikongsikan oleh influencer itu.
Antaranya:
#1. Tembikai Ais Krim Soda
Bahan-bahan:
- Tembikai
- Satu sudu gula
- Air aiskrim soda
- 2 biji limau nipis
- Daun pudina
- Buah laici
- Susu cair
Cara-caranya:
- Potong buah tembikai kepada kiub kecil.
- Kisarkan buah tembikai dengan satu sudu gula tanpa perlu letak air.
- Masukkan ais dan air tembikai yang telah dikisar ke dalam jug.
- Masukkan air aiskrim soda ke dalam jug yang sama.
- Perahkan limau nipis.
- Masukkan daun pudina dan buah laici.
- Masukkan susu cair sedikit untuk beri rasa ‘creamy’.
- Siap!
#2. Zapple Kasturi
Bahan-bahan:
- Zapple FN
- 2-3 biji limau kasturi
- Asam boi
- Buah longan atau laici
Cara-caranya:
- Masukkan air Zapple ke dalam jug.
- Perahkan limau kasturi ke dalam jug.
- Masukkan asam boi, laici dan daun pudina dalam jug.
- Siap!
#3. Keladi Float
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan air panas
- 1/4 cawan kordial keladi
- 1/4 cawan susu pekat manis
- Secubit garam
- Aiskrim vanilla
- Tuang susu cair sedikit diatas.
Cara-caranya:
- Masukkan satu setengah air suam atau air panas ke dalam bekas.
- Masukkan 1/4 cawan kordial keladi, 1/4 cawan susu pekat manis, satu cawan susu sejat dan secubit garam ke dalam bekas.
- Gaulkan kesemuanya.
- Kemudian tuangkan campuran tersebut ke dalam jug berais.
- Letakkan aiskrim vanila di atas air.
- Tuangkan sedikit susu cair.
- Siap!
#4. Air Sirap Laici Selasih
Bahan-bahan:
- 2 tin air laici
- 1 sudu sirap ros
- Lemon
- 2 batang serai sudah diketuk
- Daun pudina
- Asam boi
- Biji selasih
Cara-caranya:
- Masukkan dua tin air laici dalam jug.
- Tambah satu sudu sirap ros ke dalam jug.
- Perahkan separuh lemon.
- Masukkan dua batang serai, asam boi, daun pudina dan biji selasih.
- Siap!
Memang sedap betul tengok semua jenis air ini dibuat dalam video Khairul Aming ini. Dengar pula bunyi ais dikacau dalam balang. Fuh!
Percaya atau tidak, video resepi air minuman ini sudah mendapat lebih daripada 2.5 juta tontonan walaupun baru sahaja dimuat naik di laman TikTok selama empat jam.
Netizen Terliur Tengok Resepi Air Berais Oleh Khairul Aming
Menjengah ke ruangan komen video berkenaan, ramai netizen (termasuklah penulis) memang terliur sungguh dengar bunyi ais dikacau dalam balang kaca itu.
Ditambah pula video berkenaan dimuat naik ketika waktu tengah hari, jadi orang ramai turut menelan air menonton video tersebut.
“Tengah hari rambang dia bawa keluar air pula,” kata netizen.
Beberapa netizen turut berpendapat bahan-bahan yang disebutkan dalam video resepi itu akan laris dijual di pasar raya.
Pada masa yang sama, netizen juga dilihat cuba untuk menguatkan diri mereka ketika menonton video berkenaan.
“Ya Allah kuatkan hambamu ini,” ujar netizen.
Tak apa guys, lagi sikit je nak berbuka puasa dah!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.