Now Reading
Daging Oblong Jenama Ramly ‘Sold Out’ Gara-gara Resepi McMing Dari Khairul Aming

Daging Oblong Jenama Ramly ‘Sold Out’ Gara-gara Resepi McMing Dari Khairul Aming

Premis Ramly Halal Mart di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor menjelaskan daging lembu Oblong untuk 350 dan 500 gram telah habis dijual dan akan kembali dijual semula.

burger oblong mcming khairul aming

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau anda perasan, apa sahaja resepi yang dikongsikan oleh influencer Khairul Aming pasti akan mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Cakap je resepi masakan apa yang belum dibuat oleh Khairul Aming? Dari hidangan nasi goreng, spageti, coklat ala-ala Royce, pelbagai minuman dan sebagainya, semuanya telah ditunjukkan oleh influencer ini.

Resepi Khairul Aming paling ‘laris’ setiap kali masuk bulan Ramadan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan minuman sejuk. Waktu itu memang menahan air liur mendengar bunyi ketulan ais dikacau dalam cawan.

Dalam resepi terbaharu oleh Khairul Aming iaitu Burger McMing, masakan ini juga mendapat perhatian ramai.


Daging Oblong Jenama Ramly Habis Dijual Di Pasaran

Dalam resepi burger McMing ala-ala burger Prosperity di restoran makanan segera McDonald’s, Aming menggunakan daging oblong jenama Ramly bagi menghasilkan hidangan tersebut.

Disebabkan pengaruhnya itu, daging oblong jenama Ramly dikatakan telah habis dijual di sebuah premis.

Sumber: Instagram @ramlymart.s13

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (Twitter @_NazriH), premis Ramly Halal Mart di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor dilihat telah menampal notis pemberitahuan kepada pelanggan mengenai stok jualan daging oblong mereka.

Dalam notis tersebut, daging Oblong Lembu 350 gram dan Oblong Lembu 500 gram akan kembali dijual pada hari Selasa selepas stok kembali sedia seperti biasa.

Pada masa yang sama, pihak Ramly Halal Mart cawangan itu juga meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan berterima kasih kepada para pelanggan yang membeli produk jenama Ramly di kedai mereka.


Resepi Burger McMing Oleh Khairul Aming

Untuk anda yang nak cuba resepi burger McMing dari Khairul Aming, jom kami kongsikan resepinya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 sudu mentega.
  • 1 biji bawang holland.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Cendawan butang.
  • 1 sudu tepung gandum.
  • 1 setengah cawan air.
  • 2 sudu sos tiram.
  • Sedikit kicap manis.
  • 1 kiub pati lembu.
  • 2 sudu biji lada hitam.
  • 2 keping daging burger lembu Oblong (jenama Ramly).
  • Roti Oblong.
  • Curly Fries (apa-apa jenama).
  • Jus oren (apa-apa jenama).
Cara Untuk Masak Sos Lada Hitam
Sumber: Instagram @khairulaming
  1. Cairkan mentega.
  2. Tumis bawang Holland yang dipotong kasar, tiga ulas bawang putih dan cendawan.
  3. Masukkan tepung gandum untuk memekatkan sos.
  4. Tambah air, sos tiram, kicap manis dan kiub pati lembu.
  5. Masukkan juga lada hitam yang telah ditumbuk
Cara Masak Daging Lembu
Sumber: Instagram @khairulaming
  1. Masak dua keping daging lembu Oblong jenama Ramly ke dalam pan.
  2. Salutkan daging ke dalam kuah sos lada hitam yang dimasak tadi
Penyediaan Burger McMing
  1. Sapukan mentega pada permukaan roti oblong yang telah dipotong dua.
  2. Letakkan daging di dalam roti oblong tersebut.

Siap!

Untuk melengkapkan menu ini, anda boleh menggoreng curly fries dan menyediakan minuman jus oren.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming Kongsi Resepi ‘Burger McMing’ Ala Prosperity, Kena Cuba Ni!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Resepi Donut Susu Viral Khairul Aming Buat Ramai Terliur & Tak Sabar Nak Cuba, Gebunya!

Baca Artikel Berkaitan: Raih 3.5 Juta Tontonan, Khairul Aming Bongkar Resepi Coklat Premium Ala ROYCE Bikin Ramai Terliur!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd