Now Reading
[Video] Khairul Aming Kongsi Resepi ‘Burger McMing’ Ala Prosperity, Kena Cuba Ni!

[Video] Khairul Aming Kongsi Resepi ‘Burger McMing’ Ala Prosperity, Kena Cuba Ni!

Menerusi perkongsian influencer itu, bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan menu ‘McMing’ boleh didapati dengan mudah di sekitar kedai runcit atau pasar raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja nama Khairul Aming, pasti ramai yang mengenali influencer dan content creator terkenal itu.

Kalau anda nak tahu, Khairul Aming sering menampilkan menu-menu mudah, ringkas serta makanan kos rendah agar orang ramai khususnya para followers boleh mengikuti resepi tersebut.

Seperti sebelum ini, dia telah berkongsi resepi menu viral iaitu donut susu gebu yang membuatkan orang ramai terliur.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Resepi Donut Susu Viral Khairul Aming Buat Ramai Terliur & Tak Sabar Nak Cuba, Gebunya!


Khairul Aming Kongsi Resepi Burger Prosperity, McMing

Khairul Aming sekali lagi mendapat tumpuan ramai apabila dia telah berkongsi satu lagi resepi di platform media sosialnya.

Kali ini, dia telah menunjukkan cara memasak menu Burger Prosperity ala-ala restoran makanan segera terkenal dunia iaitu McDonald’s yang sering menjadi rebutan ramai kerana dijual pada waktu tertentu sahaja.

Dalam video yang dihantar, content creator itu telah menyenaraikan bahan-bahan dan langkah penyediaan bagi memasak hidangan yang dipanggilnya sebagai set ‘McMing’.


Bahan-bahan Diperlukan Untuk Hidangan Burger Ala Prosperity

  • 2 sudu mentega.
  • 1 biji bawang holland.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Cendawan butang.
  • 1 sudu tepung gandum.
  • 1 setengah cawan air.
  • 2 sudu sos tiram.
  • Sedikit kicap manis.
  • 1 kiub pati lembu.
  • 2 sudu biji lada hitam.
  • 2 patti burger lembu Oblong (jenama Ramly).
  • Roti Oblong.
  • Curly Fries (sebarang jenama).
  • Jus oren (sebarang jenama).

Cara-cara Penyediaan

#1. Cara Memasak Sos Lada Hitam

Pertama sekali, anda perlu mencairkan mentega, kemudian tumiskannya bersama bawang holland yang dipotong kasar, tiga ulas bawang putih serta cendawan.

Selepas kesemua bahan itu bertukar keperangan (golden brown), masukkan pula tepung gandum untuk memekatkan sos.

Sejurus itu, tambahkan pula air, sos tiram dan sedikit kicap manis untuk membuatkan warna sos tersebut menjadi lebih gelap.

Jangan lupa masukkan juga kiub pati lembu ke dalamnya.

Untuk biji lada hitam pula, jangan lupa ‘tumbuk’ dahulu agar aroma sos itu akan lebih harum dan kuat.

Sesudah kesemua bahan telah digaul dengan sebati, anda perlu kisar sos sehingga hancur sebelum ditumiskan semula dalam pan buat seketika.

Sumber: TikTok (@khairulaming)
#2. Masak Daging Lembu & Sediakan Roti Oblong

Selanjutnya, anda harus menyediakan bahan utama pula iaitu patti daging lembu. Untuk memudahkan kerja, beli sahaja patti daging lembu Oblong daripada jenama Ramly.

Ambil dua patti kemudian masakkannya di atas pan sehingga ianya garing di kedua-dua belah permukaan.

Selepas itu, salutkannya bersama sos lada hitam yang baru sahaja disediakan sebentar tadi. Pastikan semua permukaan disaluti sos enak itu okay?

Untuk penyediaan bun pula, ambilkan satu roti oblong yang sudah dipotong kepada dua bahagian lalu menyapukan sedikit mentega ke dua-dua permukaan tersebut.

Untuk mendapatkan tekstur yang sedikit garing, bakarkan sebentar roti tersebut. Bakarkan di atas pan sahaja sudah memadai.

Sampai di penghujungnya, boleh la ‘plating’ hidangan tersebut mengikut cara masing-masing. Kalau mengikut Khairul Aming, dia telah meletakkan sedikit hirisan bawang holland di atas patti untuk rasa lebih ‘kick’.

Sumber: TikTok (@khairulaming)
#3. Hidangkan Bersama Curly Fries & Jus Oren

Tidak lengkaplah ‘McMing’ tanpa curly fries dan juga minuman klasik jus oren. Untuk kedua-dua itu, anda boleh menggunakan apa sahaja jenama yang digemari.

Sumber: TikTok (@khairulaming)

Buat korang yang teringin nak makan Burger Prosperity hasil tangan sendiri, boleh lah try resepi Khairul Aming ni. Confirm menjadi!


Reaksi Netizen Lihat Resepi Baru Khairul Aming

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berkata mereka terliur melihat klip video resepi yang dikongsi.

“Kecur air liur. Boleh la lepas ni drive-thru dekat McMing,” ujar seorang netizen.

Malah, ada juga yang memberi saranan kepada Khairul Aming untuk membuka kedai makannya tersendiri.

“Lagi senang anda buka kedai, kami datang. Betul tak guys?” kata seorang lelaki.

Sumber: Instagram (@khairulaming)

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 9K Retweets, Khairulaming Ajar Tips Mudah Buat Lemang Cara Instant. Ooh, Simple Je!

Baca Artikel Berkaitan: Raih 3.5 Juta Tontonan, Khairul Aming Bongkar Resepi Coklat Premium Ala ROYCE Bikin Ramai Terliur!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd