Now Reading
Wanita Kongsi Tips Kekal Istiqamah Solat 5 Waktu, Mulakan Dengan Fardu Subuh Dulu

Wanita Kongsi Tips Kekal Istiqamah Solat 5 Waktu, Mulakan Dengan Fardu Subuh Dulu

Penjagaan solat lima waktu itu adalah detik permulaan bagi seseorang untuk membaiki bacaan, memahami zikir dan berlatih untuk lebih khusyuk dalam solat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai umat Islam yang sudah mencapai akil baligh, solat fardu merupakan satu kewajipan dan perlu dilaksanakan lima waktu sehari tanpa mengira di mana anda berada.

Mereka yang lengkap mendirikan solat fardu ini dianggap seolah-olah menegakkan tiang agama, namun mereka yang mengabaikannya pula dianggap seperti tidak mahu berusaha untuk membina agamanya dengan sempurna.

Tidak dinafikan kesibukan aktiviti seharian seperti menguruskan keluarga dan kerjaya menyebabkan seseorang itu sukar untuk menyempurnakan ibadah solat dalam sehari.


Tips Untuk Jaga Solat Fardu

Sebelum ini, seorang pengguna X (Twitter @ArepJawa) berkongsi satu persoalan yang diterima dari laman Instagram tentang cara untuk kekal istiqamah dalam mendirikan solat lima waktu.

Berikutan itu, lelaki ini memberikan dua jawapan berhubung soalan tersebut.

  1. Terus mula melaksanakan solat tanpa perlu menunggu apa-apa. Ini kerana selagi ia tidak dilakukan atau dimulakan, ibadah tersebut tidak akan didirikan.
  2. Disiplin dan perlu paksa diri untuk terus kekal istiqamah dalam melaksanakan solat.

Seorang pengguna X (Twitter @yiyyieeen) kemudiannya tampil memberi respon terhadap bebenang tersebut dan turut berkongsi beberapa tips peribadi agar kekal istiqamah dalam melaksanakan solat waktu.

Antara tips yang dikongsikan oleh wanita ini adalah:

  • Apabila solat Subuh dijaga, maka kita akan rasa ‘sayang’ untuk mengabaikan waktu solat yang lain.
  • Ambil masa kira-kira 15 hingga 20 minit untuk mengadu kepada Allah SWT selepas solat.
  • Perbanyakkan amalan membaca tentang kepentingan untuk menjaga solat supaya dapat menguatkan lagi iman.

Dalam bebenang di X (Twitter) itu, wanita tersebut juga berkongsi tentang pengalaman hidupnya yang terasa ‘kosong’ sewaktu mengambil remeh berkaitan penjagaan ibadah solat.

Tambahnya lagi, penjagaan solat lima waktu itu adalah detik permulaan bagi seseorang untuk membaiki bacaan, memahami zikir dan berlatih untuk lebih khusyuk dalam solat.

Dulu i tersangatlah ambil remeh bab solat. I rasa macam hidup ini terlalu kosong. Mistake terbesar i adalah tak jaga solat. Jahat macam mana pun kita, solat comes first.

Pengguna X (Twitter @yiyieeen).

Meskipun ada segelintir individu yang suka memperlekehkan golongan yang tidak menutup aurat tetapi melaksanakan solat lima waktu, perkara itu tidak sepatutnya menjadi penghalang kerana Allah SWT akan memperbetulkan kehidupan seseorang bermula dengan langkah mereka memperbaiki ibadah solat.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda dan menjadi pemangkin semangat untuk terus istiqamah dalam mendirikan solat lima waktu.


Kenapa Nama Nabi Ibrahim AS Disebut Dalam Tahiyat Akhir?

Untuk pengetahuan, Allah SWT telah mengkhususkan selawat dan salam dalam tahiyat akhir kepada Nabi Ibrahim AS serta keluarganya kerana diberikan beberapa kelebihan.

Antaranya:

  • Nabi Ibrahim AS adalah kekasih Allah SWT atau Khalilullah
  • Nabi Ibrahim AS adalah bapa kepada kebanyakan para Nabi dan Rasul
  •  Allah SWT memakbulkan doa Nabi Ibrahim AS
  • Rasulullah SAW mengikut ajaran Nabi Ibrahim AS
  • Nabi Ibrahim AS mengirimkan salam kepada umatnya ketika peristiwa Israk Mikraj
  • Nabi Ibrahim AS merupakan individu pertama menggelarkan umat Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Muslimin’
Sumber: Pexels

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa tiada istilah membezakan antara para rasul kerana umat Islam diwajibkan beriman kepada 25 rasul seperti yang termaktub dalam Rukun Iman.

Dalam surah Al-Baqarah ayat ke-285, Allah SWT telah berfirman:

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maksudnya: Rasulullah SAW telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Jadi sebagai umat Islam, kita wajib beriman kepada 25 nabi dan rasul iaitu:

  • Nabi Adam AS
  • Nabi Idris AS
  • Nabi Nuh AS
  • Nabi Hud AS
  • Nabi Saleh AS
  • Nabi Ibrahim AS
  • Nabi Luth AS
  • Nabi Ismail AS
  • Nabi Ishaq AS
  • Nabi Yaaqub AS
  • Nabi Yusuf AS
  • Nabi Ayyub AS
  • Nabi Syuaib AS
  • Nabi Musa AS
  • Nabi Harun AS
  • Nabi Zulkifli AS
  • Nabi Yunus AS
  • Nabi Daud AS
  • Nabi Sulaiman AS
  • Nabi Ilyas AS
  • Nabi Ilyasa’ AS
  • Nabi Zakariyya AS
  • Nabi Yahya AS
  • Nabi Isa AS
  • Nabi Muhammad SAW

Baca Artikel Berkaitan: Ini Sebab Kenapa ‘Nabi Ibrahim’ Disebut Dalam Tahiyat Akhir Ketika Solat

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Sengaja Cari Jalan Jauh Untuk Cukupkan Syarat Solat Qasar? Ini Penjelasan Dari Mufti

Baca Artikel Berkaitan: Sukar Cari Masjid? Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Solat Jika Di Luar Negara


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd