Now Reading
Ini Sebab Kenapa ‘Nabi Ibrahim’ Disebut Dalam Tahiyat Akhir Ketika Solat

Ini Sebab Kenapa ‘Nabi Ibrahim’ Disebut Dalam Tahiyat Akhir Ketika Solat

Allah SWT telah mengkhususkan selawat dan salam dalam tahiyat akhir kepada Nabi Ibrahim AS serta keluarganya kerana diberikan beberapa kelebihan.

nabi ibrahim dalam tahiyat akhir (2)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai individu beragama Islam, kita diperintahkan oleh Allah SWT untuk melaksanakan solat lima waktu seperti mana yang termaktub dalam Rukun Islam.

Dalam rukun solat, membaca tahiyat akhir merupakan salah satu kewajipan untuk menyempurnakan ibadah solat supaya diterima oleh Allah SWT.

Walaupun dibaca sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari, tetapi anda pernah terfikir tak mengapa nama Nabi Ibrahim AS juga terkandung dalam bacaan tahiyat akhir?


Ini Sebab Mengapa Nabi Ibrahim AS Juga Disebut Dalam Tahiyat Akhir

Memetik sumber dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, seorang individu telah mengajukan persoalan tentang ucapan selawat dan salam kepada Nabi Ibrahim AS yang juga dibaca dalam tahiyat akhir.

Untuk pengetahuan, Allah SWT telah mengkhususkan selawat dan salam dalam tahiyat akhir kepada Nabi Ibrahim AS serta keluarganya kerana diberikan beberapa kelebihan.

Antaranya:

#1. Nabi Ibrahim AS adalah kekasih Allah atau Khalilullah

Firman Allah SWT dalam surah Al-Nisa ayat ke-125:

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًۭا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُۥ لِلَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌۭ وَٱتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَٰهِيمَ حَنِيفًۭا ۗ وَٱتَّخَذَ ٱللَّهُ إِبْرَٰهِيمَ خَلِيلًۭا

Maksudnya: Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

#2. Nabi Ibrahim AS adalah bapa kepada kebanyakan para Nabi dan Rasul

Nabi Ibrahim merupakan bapa kepada Nabi Ismail AS dan Nabi Yaakub AS. Dalam keturunannya juga, lahirnya para nabi dan rasul yang lain seperti:

  • Nabi Daud AS
  • Nabi Sulaiman AS
  • Nabi Ayyub AS
  • Nabi Yusuf AS
  • Nabi Musa AS
  • Nabi Harun AS
  • Nabi Zakariyya AS
  • Nabi Ilyas AS
  • Nabi Yahya AS
  • Nabi Isa AS
  • Nabi Muhammad SAW
#3. Allah SWT memakbulkan doa Nabi Ibrahim AS

Allah SWT pernah berfiman dalam surah Al-Shu’ara ayat ke-84:

وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

Maksudnya: Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian.

#4. Rasulullah SAW mengikut ajaran Nabi Ibrahim AS

Dalil Allah SWT dalam kitab al-Quran pada surah Al-An’am ayat ke-161 berkata:

قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِّلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۚ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) agama yang tetap teguh, iaitu agama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.

#5. Nabi Ibrahim AS mengirimkan salam kepada umatnya ketika peristiwa Israk Mikraj

Di dalam kitab al-Durr al-Mukhtar menyatakan bahawa ada tiga sebab dikhususkan Nabi Ibrahim AS dalam bacaan tahiyyat akhir, antaranya salam Nabi Ibrahim AS pada malam Mikraj kepada Nabi Muhammad SAW

Berdasarkan hadis riwayat At-Tirmidzi iaitu:

يَا مُحَمَّدُ أَقْرِئْ أُمَّتَكَ مِنِّي السَّلَام

Maksudnya: Wahai Muhammad SAW, sampaikanlah salam kepada umat-mu daripada aku (Nabi Ibrahim AS).

#6. Nabi Ibrahim AS merupakan individu pertama menggelarkan umat Nabi Muhammad SAW sebagai ‘Muslimin’

Dalam surah Al-Hajj ayat ke-78, Allah SWT berfiman:

هُوَ سَمَّاكُمُ الْمُسْلِمِينَ مِن قَبْلُ

Maksudnya: Dia menamakan kamu muslimin (orang-orang Islam) semenjak dahulu.


Umat Islam Wajib Beriman Kepada Semua Para Nabi Dan Rasul

Pada masa yang sama, individu yang sama juga bertanya sama ada nama Nabi Ibrahim yang disebut dalam tahiyat akhir dilihat sebagai membeza-beza antara nabi yang lain?

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Freepik)

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa tiada istilah membezakan antara para rasul kerana umat Islam diwajibkan beriman kepada 25 rasul seperti yang termaktub dalam Rukun Iman.

Dalam surah Al-Baqarah ayat ke-285, Allah SWT telah berfirman:

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّـهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maksudnya: Rasulullah SAW telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Jadi sebagai umat Islam, kita wajib beriman kepada 25 nabi dan rasul iaitu:

  • Nabi Adam AS
  • Nabi Idris AS
  • Nabi Nuh AS
  • Nabi Hud AS
  • Nabi Saleh AS
  • Nabi Ibrahim AS
  • Nabi Luth AS
  • Nabi Ismail AS
  • Nabi Ishaq AS
  • Nabi Yaaqub AS
  • Nabi Yusuf AS
  • Nabi Ayyub AS
  • Nabi Syuaib AS
  • Nabi Musa AS
  • Nabi Harun AS
  • Nabi Zulkifli AS
  • Nabi Yunus AS
  • Nabi Daud AS
  • Nabi Sulaiman AS
  • Nabi Ilyas AS
  • Nabi Ilyasa’ AS
  • Nabi Zakariyya AS
  • Nabi Yahya AS
  • Nabi Isa AS
  • Nabi Muhammad SAW

Baca Artikel Berkaitan: “Nabi Muhammad SAW Kirim Salam..” & Pengalaman Lain Jemaah Ketika Di Tanah Suci Mekah

Baca Artikel Berkaitan: “Sangat Dengar Kata” – Ular Tunduk Ketika Baca Doa Nabi Sulaiman

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jemaah Meninggal Dunia Lepas Tanya Soalan Ingin Bertemu Rasulullah SAW


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd