Now Reading
“Masya-Allah Well Covered” – TikToker Somalia Teruja Lihat Wanita Islam Di Malaysia Pakai Telekung Ketika Solat

“Masya-Allah Well Covered” – TikToker Somalia Teruja Lihat Wanita Islam Di Malaysia Pakai Telekung Ketika Solat

Jelas wanita dikenali sebagai Sagal Ali itu, dia tidak pernah melihat budaya memakai telekung ketika solat di negara lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap negara mempunyai tradisi dan budaya masing-masing mengikut amalan rakyat setempat.

Sebagai contoh pakaian di Malaysia adalah berbeza jika dibandingkan dengan negara lain. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor cuaca, keselesaan dan cita rasa seseorang individu.

Namun begitu, adakah anda tahu bahawa pakaian ketika menunaikan solat juga adalah berbeza?

Baca Artikel Berkaitan: “Everyone Is Smiling” – Mat Saleh Beri Pandangan Pros & Cons Bercuti Di Malaysia


Wanita Warga Asing Teruja Lihat Budaya Pakai Telekung Di Malaysia

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@yourtypicalcouple) menyaksikan seorang ibu warga Somalia bersama anak-anaknya dalam sebuah masjid di Malaysia.

Menerusi klip video itu, wanita dikenali sebagai Sagal Ali berkata dia menyedari wanita beragama Islam di Malaysia akan menyarungkan pakaian telekung yang cantik setiap kali mahu menunaikan solat.

Sumber: TikTok (@yourtypicalcouple)

Jelasnya, pemakaian set telekung tersebut membuatkan aurat seseorang terlindung dengan sempurna. Tambah Sagal lagi, telekung yang disarungkan tersebut sungguh indah dan dia tidak pernah melihat budaya sebegitu di mana-mana negara sebelum ini.

Pakaian solat untuk wanita berkenaan berjaya menambat hati influencer tersebut bersama anaknya setiap kali mengerjakan solat di negara ini. Malah, anak kecilnya juga kelihatan teruja untuk memilih dan memakai telekung yang disediakan di masjid.

@yourtypicalcouple Women in Malaysia when they pray #malaysia #pray #islam ♬ original sound – Sagal Ali

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Perkongsian Sagal

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat Sagal yang seronok menyarungkan telekung. Malah, ramai juga golongan wanita bersetuju bahawa mereka mempunyai banyak set telekung untuk pelbagai majlis.

“Kami (wanita) ada banyak telekung untuk pelbagai majlis. Setiap telekung ada printing, material, warna dengan saiz berbeza. Namakan je, kami ada semua,” kata seorang warganet.

Malah ada netizen yang menjelaskan kepada warga Somalia tersebut telekung juga selesa dipakai walaupun bukan pada waktu untuk menunaikan solat.

“Also comfortable to sleep when wearing a prayer gown (telekung) after solat,” ujar seorang wanita.

Sementara itu, ramai juga dalam kalangan pengguna laman TikTok yang baru mengetahui bahawa bukan semua individu dari semua negara memakai telekung ketika waktu solat.

“Saya ingatkan telekung ni digunakan seluruh dunia sehinggalah saya pergi ke luar negara,” jelas seorang individu.

Sumber: TikTok (@yourtypicalcouple)

Adakah Wanita Di Negara Luar Tidak Pakai Telekung?

Menurut netizen di ruangan komen, antara negara yang mengamalkan pemakaian telekung ketika solat adalah Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Sumber: TikTok (@yourtypicalcouple)

Melalui pengalaman penulis sewaktu mengerjakan umrah di Tanah Suci, rata-rata wanita Islam dari negara yang lain tidak menyarungkan telekung sebaliknya memakai pakaian labuh seperti jubah semasa sembahyang.

Sumber: Kerajaan Negeri Selangor

Namun begitu, ia tidak dikira sebagai satu kesalahan. Memetik Pebajat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum bagi wanita yang solat tanpa mengenakan telekung adalah sah sekiranya pakaian sedia adanya itu telah menutupi aurat.

Dalam konteks ini, menutup aurat termasuklah:

  • Melabuhkan tudung sehingga menutupi bahagian dada.
  • Pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk tubuh.
  • Pakaian tidak nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit.
  • Pakaian labuh hingga boleh menutupi bahagian kaki.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kisah Menarik Di Sebalik Perniagaan Telekung Siti Khadijah Yang Diminati Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Sujud Atas Telekung Ketika Solat Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Ustaz


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd