Now Reading
Sujud Atas Telekung Ketika Solat Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Ustaz

Sujud Atas Telekung Ketika Solat Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Ustaz

Kalau sebelum ini ada yang sering melakukan perbuatan sujud atas telekung ataupun apa-apa yang bergerak, boleh mula untuk memperbetulkan solat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai umat Islam, kita diwajibkan untuk mendirikan solat lima waktu sehari kerana ia merupakan antara lima daripada rukun Islam yang ada.

Syarat utama untuk seseorang itu mendirikan solat mestilah beragama Islam, baligh dan berakal. Selain itu terdapat beberapa syarat lain yang ditetapkan seperti bersih daripada hadas kecil, besar serta najis.

Meskipun ramai yang mengetahui asas syarat sah solat ini, pasti ada segelintir umat Islam terutamanya kaum hawa yang keliru mengenai hukum solat sekiranya sujud di atas telekung.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @ali_mail, seorang ustaz yang dikenali sebagai Dr Nur Mohammad Hadi menjelaskan perbuatan sujud ketika solat menjadi tidak sah sekiranya dahi terlapik dengan telekung yang sedang dipakai.

Sujud atas telekung tidak sah kerana ia benda yang bergerak mengikut badan ketika solat

Menurutnya, ini kerana telekung yang dipakai merupakan benda yang bergerak mengikut badan seseorang ketika sedang solat.

“Sebab apabila kita nak sujud, syaratnya dahi kita tidak terlapik dengan benda yang bergerak. Contohnya, lelaki yang pakai serban, dia nak sujud dia tarik serban dan lapik dahinya.

“Maka benda yang bergerak dengan kita, tidak boleh kita sujud di atasnya,” katanya.

Solat sah sekiranya sujud di atas benda yang tidak bergerak

Menurutnya lagi, sujud yang sah ketika solat merupakan sujud di atas sejadah ataupun benda yang tidak bergerak mengikut badan.

Ustaz Nur menjelaskan tentang perkara itu semasa dalam rancangan Assalamualaikum An-Nisa menerusi TV Alhijrah.

@ali_mail

Tidak sah solat jika sujud terlapk atas telekung yang sedang dipakai. #ali_mail #fypシ゚viral #dahwahislam #solat #ilmuagamaislam #ceramahislamic

♬ سبحان الله – Ali Dawud

Mazhab al-Syafii turut beri pendapat yang sama

Dalam pada itu, Mufti Perlis Dr Mohd. Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza juga memberi pandanganya yang sama tentang perkara ini mengikut pendapat Mahzab al-Syafii.

Mengikut Mazhab al-Syafii, tidak sah sujud atas kain atau apa-apa bahan yang bersambung dengan diri orang sedang solat jika kain atau bahan itu turut bergerak bersamanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd