Dr Amalina Kongsi Kenyataan Mufti Perlis Tentang Hukum Khitan Anak Perempuan
Walaupun hukum khitan wanita difatwakan wajib di Malaysia, namun beberapa negeri seperti Johor dan Perlis hanya menghukumnya sebagai harus.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr Nur Amalina Che Bakri tentang bayi perempuannya yang tidak disunatkan di United Kingdom didakwa telah dijadikan bahan berita bagi sesetengah portal media dengan tajuk yang kurang sesuai.
Dr Amalina juga menerima pelbagai komen negatif berbaur lucah tentang anak perempuannya yang baru berusia sembilan minggu.
Berikutan itu, Dr Amalina membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang terlibat supaya menjadi pengajaran buat mereka.
BACA JUGA: Dr Amalina Bakal Ambil Tindakan Selepas Anak Terima Komen Lucah Hanya Kerana Tidak Sunat

Mufti Perlis Perjelas Khitan Anak Perempuan Tiada Kaitan Dengan Rangsangan Nafsu
Isu berkaitan hal khitan anak perempuan masih menjadi bualan hangat di media sosial.
Baru-baru ini, Dr Amalina berkongsi semula kenyataan dari Mufti Perlis berkaitan khitan anak perempuan di laman Twitter miliknya (@DrAmalinaBakri).
Berdasarkan kenyataan tersebut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berpendapat bahawa hukum khitan bagi wanita adalah berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita.
Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui pakar, maka ianya satu makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu ‘Atiyyah yang dinilai Hasan oleh sebahagian ulama. Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka ia tidak perlu dilakukan.
Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.
Selain itu, khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh sebahagian masyarakat tanpa merujuk keperluannya kepada pakar merupakan amalan yang tidak mempunyai sebarang asas dalil syarak.
Malah, andaian bahawa rangsangan nafsu berlebihan boleh berlaku kepada wanita yang tidak berkhitan juga tidak mempunyai sebarang alasan yang kukuh.
Ini adalah kenyataan Mufti Perlis. Cuba baca perenggan terakhir. “Andaian bahawa rangsangan seks berlebihan pd wanita disebabkan tidak khitan adalah tidak memiliki apa-apa alasan yg kukuh.” Nanti saya share drp sudut pandangan perubatan pula ya. https://t.co/IPO66dHZYM pic.twitter.com/cZcxgbCk5O
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) December 22, 2022
Hukum Khitan Wanita Berbeza Mengikut Negeri & Juga Negara
Di Malaysia, khitan wanita difatwakan wajib berdasarkan Jawatankuasa Fatwa Malaysia Kebangsaan pada tahun 2009, kecuali jika ia mendatang kemudaratan.
Menurut sumber dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, khitan wanita telah menjadi amalan yang dilakukan sejak zaman Rasullah SAW. Daripada Abu Hurairah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ
Maksudnya: Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 3356) dan Imam Muslim (no. 2370) dalam al-Sahihain.

Walaupun hukum khitan wanita difatwakan wajib di Malaysia, namun beberapa negeri seperti Johor dan Perlis hanya menghukumnya sebagai harus.
Perbezaan ini juga jelas berdasarkan mazhab-mazhab utama Islam di mana mazhab Syafie mewajibkan khitan wanita tetapi ia hanya sunat dan sebagai satu penghormatan mengikut mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.
BACA JUGA: Adakah Terdapat Pendapat Berlainan Dalam Islam Mengenai Sunat atau Khitan Wanita?
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.