Now Reading
“Virus Cuma Datang Masjid Je Ke?”- Mufti Perlis Persoal KKM Tak Benar Rapat Saf Di Masjid

“Virus Cuma Datang Masjid Je Ke?”- Mufti Perlis Persoal KKM Tak Benar Rapat Saf Di Masjid

Musykil juga boleh berkumpul ramai-ramai di stadium tapi masih tak dibenarkan untuk rapat saf di masjid.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak kadar vaksinasi di Malaysia hampir mencapai 100%, banyak sektor yang sudah mula beroperasi seperti biasa.

Aktiviti sosial masyarakat juga telah dibenarkan dengan syarat mematuhi SOP yang ditetapkan. Jangan kata nak rentas daerah, rentas negara pun dah boleh sekarang ini.

Terbaru, ramai yang berpeluang untuk menyaksikan perlawanan bola antara pasukan Johor Darul Takzim dengan Kuala Lumpur City FC di Stadium Bukit Jalil.

Seronoknya dapat tengok bola secara langsung.

Lain rasa dia kalau kita tengok di kaca televisyen. Feeling tak sama, betul tak?

Mufti pertikai jemaah masih tak boleh rapatkan saf di masjid

Namun baru-baru ini, seorang Mufti Negeri Perlis iaitu Profesor Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr. MAZA memuat naik satu tweet di akaun Twitter miliknya berkaitan kebenaran untuk merapatkan saf ketika bersolat jemaah di masjid.

Menurutnya, beliau agak musykil apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memberi alasan kononnya risau tentang jangkitan Covid-19 jika saf para jemaah di masjid boleh dirapatkan.

Kenderaan awam, pasar raya dan tempat lain sudah pun diberi kebenaran untuk beroperasi seperti biasa tetapi tidak di masjid.

Sehingga kini, para jemaah masjid dilarang untuk merapatkan saf ketika solat berjemaah.

@realDrMAZA

Ada netizen setuju, ada juga yang tidak

Hasil tinjauan kami mendapati rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi tentang isu yang dibangkitkan oleh Mufti Perlis tersebut.

Ada juga yang memberi cadangan untuk membuat sesi Solat Jumaat sebanyak dua atau tiga kali bagi memberi ruang kepada masyarakat mengerjakan ibadah tersebut dalam keadaan mematuhi SOP.

Kredit: Twitter @realDrMAZA
Kredit: Twitter @realDrMAZA

Kita sekarang ni masih belum sepenuhnya bebas daripada wabak Covid-19. Sebaiknya lebih elok jika semua orang menjaga penjarakan sosial walau di mana pun anda berada.

Lebih baik mencegah daripada mengubati.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd