Now Reading
Ini Kisah Menarik Di Sebalik Perniagaan Telekung Siti Khadijah Yang Diminati Ramai

Ini Kisah Menarik Di Sebalik Perniagaan Telekung Siti Khadijah Yang Diminati Ramai

Pengasas telekung Siti Khadijah iaitu Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman sebelum ini hanyalah sebagai seorang suri rumah yang menetap di Kajang, Selangor.

telekung Siti Khadijah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Walaupun pemakaian telekung mempunyai tujuan yang sama iaitu untuk dipakai ketika solat bagi umat Islam, tetapi kualiti yang baik pastinya dapat memberi lebih keselesaan ketika beribadah.

Jika kita lihat di pasaran, memang banyak perniagaan menjual telekung dengan pelbagai kualiti kain yang bagus untuk menarik lebih ramai pelanggan mereka.

Antara jenama telekung yang dikenali ramai pada hari ini adalah Siti Khadijah.

Kepada anda yang ingin mengetahui kisah di sebalik perniagaan telekung Siti Khadijah, jom baca perkongsian dari seorang pengguna Twitter (Richard Ker) di bawah.

Pengasas telekung Siti Khadijah

Telekung Siti Khadijah atau juga dikenali dengan SK diasaskan oleh seorang suri rumah yang berasal dari negeri Perak iaitu Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman.

Jenama perniagaan telekung dengan tagline ‘Lambang Cinta Abadi’ ini diberi nama bersempena dengan isteri Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Khadijah. Bisnes pakaian solat ini bermula pada tahun 2009 ketika dia menjual di rumahnya di Kajang, Selangor bagi menyara keluarga.

Sumber: Twitter

Permulaan terdetiknya perniagaan telekung Siti Khadijah

Selepas suaminya bersara, mereka menceburkan diri dalam dunia perniagaan tetapi tidak berjaya dan dibebani hutang.

Disebabkan itu, mereka terpaksa mencuba pelbagai cara lain untuk meneruskan kehidupan sehinggakan Padzilah pernah menjual barangan kosmetik serta menyertai skim MLM.

Sumber: Majalah Labur

Namun pada ketika itu, beliau melihat masalah untuk mencari telekung yang selesa membelenggu kaum wanita kerana dia menerima ramai pelanggan untuk menjahit semula telekung di bahagian muka.

Masalah yang dihadapi oleh ramai wanita itu menjadi titik permulaan Padzilah untuk menjadikannya sebagai peluang perniagaan telekung Siti Khadijah dengan modal sebanyak RM10,000.

Penjualan 200 helai pertama agak mencabar sehingga mereka mengambil keputusan untuk menjualnya kepada agensi pelancongan yang mengendalikan golongan menunaikan Umrah di Mekah. Namun, kurang mendapat sambutan.

Sumber: Siti Khadijah (SK)

Pada awalnya, ramai mempunyai tanggapan bahawa telekung Siti Khadijah agak mahal.

Untuk mengubah persepsi tersebut, Padzilah meminta seorang wartawan untuk menulis kisah perniagaan telekungnya. Sejak daripada itu, telekung Siti Khadijah mula mendapat perhatian ramai dan muncul di kaca televisyen.

Dalam pada masa yang sama, ada juga yang mengkritik pakaian untuk beribadah tidak sepatutnya dijenamakan. Namun Padzilah menjelaskan bahawa tujuan perniagaannya itu adalah untuk menggalakkan lebih ramai wanita beribadah.

Pemasaran yang baik faktor kejayaan telekung Siti Khadijah

Perniagaan telekung ini mula ‘meletup’ selepas dua perkara yang berlaku iaitu:

  • Anak lelakinya yang pernah bekerja di Google Jepun kini bergelar pemasar digital untuk SK telah membina laman web untul pembelian secara online.
  • Telekung Siti Khadijah muncul di Astro Go Shop.
Sumber: Siti Khadijah

Langkah yang diambil ini telah menjadi faktor perniagaan ini berjaya menjual lebih daripada 50,000 helai telekung dengan jumlah jualan sebanyak RM10 juta.

Kalau kita lihat di papan pengiklanan di beberapa jalan raya, cara telekung Siti Khadijah dipromosikan pun cukup menarik.

Sumber: Twitter @ijaicool

Antara langkah bijak yang baru sahaja dilakukan untuk meningkat jualan mereka adalah dengan mewujudkan ‘vending machine’ telekung di kawasan rehat lebuh raya.

Sehingga kini, perniagaan telekung Siti Khadijah telah mempunyai lebih 40 cawangan di Malaysia serta luar negara. Telekung ini juga telah dijual di Australia, United Kingdom, Kanada dan Jepun.

Sumber: Cik Lily Putih

Kisah perniagaan telekung Siti Khadijah ini cukup menakjubkan dan boleh memberi inspirasi kepada para wanita di luar sana.

Nasihat daripada Puan Hajah Padziah kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan adalah untuk sentiasa berfikiran positif, kuat, berani dan jangan berputus asa.

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Sejarah Pasar Mini 99 Speedmart Yang Ramai Tak Tahu


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd