Now Reading
KFC Perkenal Menu Arabian Spice Crunch Sempena Bulan Ramadan

KFC Perkenal Menu Arabian Spice Crunch Sempena Bulan Ramadan

KFC Arabian Spice Cunch boleh didapati pada waktu terhad di restoran KFC seluruh negara bermula 16 Mac dengan harga RM17.49.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setibanya bulan Ramadan dan juga Syawal, restoran makanan segera KFC tidak turut ketinggalan menawarkan menu berbuka puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan sajian berkonsepkan Timur Tengah.

Kepada para peminat hidangan ayam goreng KFC, ada berita gembira untuk anda kerana KFC kini mempunyai menu baharu yang lebih menyengat iaitu Arabian Spice Crunch.

Hidangan ini akan membawa deria rasa anda ke pengembaraan eksotik Timur Tengah di mana gabungan aneka rempah ratus Arab yang beraroma harum seperti paprika manis, minyak zaitun, buah pelaga dan banyak lagi menyaluti ayam goreng Hot & Spicy signature KFC.

Anda juga akan menikmati cetusan rasa tajam serta aroma pedas, manis serta salai (smoky) yang pastinya memuaskan selera anda dengan setiap gigitan rangup.

Di KFC, kami percaya juadah makanan tidak sepatutnya membosankan dan kami sentiasa berinovasi untuk membawakan rasa baharu yang lazat, lebih-lebih lagi untuk menceriakan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri anda. Dengan ciptaan terbaharu Arabian Spice Crunch, kami berharap ianya dapat membawa kegembiraan kepada anda dan mereka yang tersayang dalam menyambut hari-hari istimewa ini bersama.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling.

Bermula dengan harga RM17.49, KFC Arabian Spice Cunch boleh didapati pada waktu terhad di restoran KFC seluruh negara sejak 16 Mac yang lalu.

Anda boleh menikmati hidangan ini melalui 3 pilihan: (1) Kombo 2-ketul, (2) Kombo
3-ketul, dan (3) Box Meal.

Pada masa yang sama, KFC Bucket Kongsi dengan Nuget Pedas baharu juga boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, atau 12-ketul.

KFC-Perkenal-Arabian-Spice-Curnch-Sempena-Bulan-Ramadan-2

KFC Tawar Menu Sahur Seawal 4 Pagi Bermula 23 Mac Sempena Bulan Ramadan

Bagi memudahkan urusan anda untuk bersahur ketika bulan Ramadan, KFC juga menawarkan hidangan untuk bersahur seawal 4:00 pagi di restoran KFC terpilih seluruh negara bermula 23 Mac sehingga 21 April 2023.

Antara hidangan sarapan penarik selera yang ditawarkan adalah:

  • Nasi Lemak KFC
  • Bubur Zinger
  • KFC Hot Teh Tarik
KFC-Perkenal-Arabian-Spice-Curnch-Sempena-Bulan-Ramadan-2
KFC-Perkenal-Arabian-Spice-Curnch-Sempena-Bulan-Ramadan-2

Jadi tunggu apa lagi, jangan lupa untuk dapatkan KFC Arabian Spice Crunch, Bucket Kongsi dan Sarapan KFC di restoran KFC seluruh negara dengan cara ‘dine-in’ di restoran, membeli di pandu lalu atau menggunakan khidmat Penghantaran & Self Collect.

Sementara itu, hidangan sahur pula boleh didapati melalui khidmat makan di restoran dan pandu lalu di restoran KFC Breakfast (24-jam) di seluruh negara ketika bulan Ramadan.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik [DI SINI] atau muat turun aplikasi KFC.

BACA JUGA: Kepci FC Perkenal KFC Spicy Cheese Crunch Untuk Waktu Terhad

BACA JUGA: KFC Golden Egg Crunch Kini Kembali Sempena Tahun Baru Cina!

BACA JUGA: [Video] Guru Belanja 30 Anak Murid KFC. Sebak Bila Ada Yang Pertama Kali Makan


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd