Now Reading
KFC Golden Egg Crunch Kini Kembali Sempena Tahun Baru Cina!

KFC Golden Egg Crunch Kini Kembali Sempena Tahun Baru Cina!

Hidangan KFC Golden Egg Crunch disertakan dengan mashed potato, coleslaw dan air berperisa mangga.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Tawaran Tahun Baru Cina di KFC pada tahun ini adalah dengan kembalinya perisa telur masin kegemaran ramai iaitu Golden Egg Crunch.

Perisa ini pada mulanya telah diperkenalkan beberapa tahun lalu. Tapi kali ini, KFC buat ‘comeback’ sekali lagi untuk 2022.


Team TRP diberi peluang untuk cuba

Seperti biasa, team kami diberikan peluang untuk merasai sendiri KFC Golden Egg Crunch ini.

Bila buka sahaja kotak ayam, bau semerbak!

Golden Egg Crunch.

Disebabkan kami tak pernah menikmati menu Golden Egg Crunch sebelum ini, ‘expectation’ pun taklah tinggi menggunung. Tapi apa yang best, bila bau sahaja pun dah tahu tahap kepedasan ayam ini.

NOT BAD, actually.

Perasanya menampilkan serbuk kuning telur masin serta sedikit herba dan cili. Bila gigit je ayam ini, confirm terasa ‘boom’ di mulut.

Hidangan Golden Egg Crunch disertakan dengan mashed potato, coleslaw dan air berperisa mangga (tiada dalam gambar).
(Kredit: Anne Dorall/TRP)

The Verdict?

Secara peribadi, penulis kami amat menyukai ayam KFC Golden Egg Crunch ini. Mungkin kerana wujudnya sedikit rasa masin, manis dan pedas dalam menu ini yang membuatkannya lebih ‘uuumphh…’

Tapi kalau makan terlalu banyak, muak jugalah.

Sebab itulah adanya minuman berperisa manggo yang boleh membantu menghilangkan sedikit rasa itu.

P/S: Lain orang, lain citarasanya.

Kalau nak tahu lebih, pesan dan rasa sendiri menu KFC Golden Egg Crunch ni!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd