Now Reading
Kepci FC Perkenal KFC Spicy Cheese Crunch Untuk Waktu Terhad

Kepci FC Perkenal KFC Spicy Cheese Crunch Untuk Waktu Terhad

KFC datang menyerang dengan variasi hidangan Kepci FC baharu untuk meraikan perlawanan sukan yang amat ditunggu-tunggu dan musim keraian hujung tahun.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sebagai permulaan, Kepci FC memperkenalkan KFC Spicy Cheese Crunch baharu untuk waktu terhad  di mana ayam Hot & Spicy digoreng sehingga perang keemasan dan disalut dengan gabungan serbuk keju dan rempah cili untuk memberikan rasa pedas membakar semangat!

Perisa berkeju baharu ini juga boleh didapati dalam bentuk burger – KFC Spicy Cheese Burger yang diperbuat menggunakan filet Zinger rangup yang disaluti campuran serbuk Spicy Cheese, kemudian dilengkapi dengan sos mayo Spicy Cheese, lapisan salad cincang segar lalu diapiti ban bijan bakar.

Turut ada dalam menu Kepci FC adalah Bucket Dipidap yang mengandungi hidangan-hidangan sampingan kegemaran KFC termasuk Spicy Nuggets baharu dan beberapa sos pencicah bersesuaian dikongsi bersama rakan dan keluarga.

Di KFC, kami sentiasa ingin menggembirakan peminat kami dengan produk baharu yang sedap hingga  menjilat jari. Terdapat pelbagai keraian pada hujung tahun termasuk upacara sukan, dan untuk meraikannya kami telah mencipta beberapa produk yang sesuai untuk dimakan bersama-sama rakan dan keluarga. Kami berharap para peminat menikmati produk baharu sambil menyorak pasukan kegemaran  atau ketika lepak bersahaja.

Chan May Ling, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Harga Kepci FC Bermula Dari RM12.99!

Sambut musim ini sepenuh jiwa dengan Kepci FC kerana Spicy Cheese Crunch dan Burger, dan Bucket Dipidap boleh didapati sekarang di restoran KFC seluruh negara!

Bermula RM12.99, Spicy Cheese Burger boleh didapati secara a la carte dan Kombo, sementara Spicy Cheese Crunch dalam Kombo 2-ketul dan 3-ketul. Jangan risau, anda juga boleh menikmati kedua-dua ayam goreng dan burger dengan Box Meal!

Pada waktu yang sama, Holiday Bucket dengan Shrimp Nuggets – ketulan udang empuk dan lazat yang disaluti serbuk roti lalu digoreng sempurna sehingga perang keemasan, juga boleh didapati untuk waktu terhad.

Holiday Bucket boleh didapati dalam Kombo 6-ketul, 10-ketul, dan 12-ketul, sementara Shrimp Nuggets juga boleh didapati secara a la carte.

Layari www.KFC.com.my atau muat turun aplikasi KFC untuk pesanan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd