Now Reading
Lebih 1.1 Juta Tontonan, Gadis Korea Ini Kongsi Resepi Simple Tteokbokki

Lebih 1.1 Juta Tontonan, Gadis Korea Ini Kongsi Resepi Simple Tteokbokki

Menurut Tara, kunci kepada kelazatan Tteokbokki adalah anda perlu sediakan sos yang ‘kick’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang Korea, bukan genre muzik sahaja ‘digilai’ ramai malah makanannya yang lain daripada masakan Malaysia juga mendapat sambutan hangat. Lebih-lebih dalam kalangan golongan muda.

Namun begitu, ramai juga yang masih belum berkesempatan merasai makanan Korea dijual di restoran. Kalau nak tahu, terdapat beberapa hidangan dari negara tersebut yang anda boleh cuba masak sendiri di rumah.


Resepi Mudah Masak Tteokbokki Di Rumah

Baru-baru ini, tular satu hantaran menerusi laman TikTok (@tara_choi_) apabila seorang influencer Korea yang menetap di Malaysia berkongsi resepi Tteokbokki mudah yang boleh diikuti orang ramai.

Bahan-bahan yang digunakan juga mudah dicari di kedai runcit sekitar anda. Jelas influncer yang dikenali sebagai Tara itu, kunci kepada kelazatan Tteokbokki adalah anda perlu sediakan sos yang ‘kick’.

Sumber: Foodpanda

Untuk info, Tteokbokki adalah makanan snek terkenal Korea yang boleh mudah didapati di gerai tepi jalan. Bukan sahaja di sana, Tteokbokki juga sering kali dijual di kedai makan Korea sekitar Malaysia selain turut digemari oleh orang ramai. Terutamanya buat mereka yang sukakan hidangan pedas.

Berikut kami senaraikan bahan-bahan yang anda perlukan untuk masak Tteokbokki. Antaranya:

Bahan hidangan Tteokbokki:

  • Tteok (rice cake).
  • Daun bawang.
  • Fish cake (kek ikan) atau tofu ikan.
  • 600ml air.
  • 1 sudu besar gula.
  • Garam secukup rasa.
  • 1 sudu besar bawang putih cincang.
  • Telur rebus (pilihan masing-masing).
  • Keju (pilihan masing-masing).
Foto: Bahan memasak Tteokbokki.

Bahan sos:

  • 4 sudu besar serbuk cili.
  • 3 sudu besar gula.
  • 2 sudu besar kicap masin.
  • 2 sudu besar sos tiram.
  • 2 sudu besar pes gochujang.
  • 1 sudu besar minyak masak.
  • Sedikit lada hitam.
Foto: Bahan sos Tteokbokki.

Langkah-langkah Masak Tteokbokki

#1. Penyediaan Bahan Tteokbokki
  • Potong daun bawang secara memanjang.
  • Potong fish cake dalam bentuk segi tiga.
Sumber: TikTok (@tara_choi_)
#2. Penyediaan Sos
  • Masukkan kesemua bahan sos yang sudah disenaraikan di atas di dalam sebuah mangkuk dan gaul secara sebati.
Sumber: TikTok (@tara_choi_)
#3. Masak Semua Bahan
  • Selepas kesemua bahan masakan Tteokbokki sudah disediakan, anda boleh mula masak di atas dapur gas.
  • Pertama sekali, didihkan 600 ml air bersama potongan fish cake, daun bawang, gula, garam dan bawang putih cincang dalam periuk memasak.
  • Selepas air sudah mendidih, masukkan tteok yang sudah dibasuh bersama sebatian bahan sos ke dalam periuk.
  • Seterusnya, anda perlu tunggu ia mendidih selama 10 minit selepas bahan-bahan tersebut digaul rata.
  • Kemudian, anda boleh masukan sebarang ‘topping’ yang anda gemari untuk menambahkan kesedapan hidangan tersebut seperti keju dan telur rebus ketika kuah sudah pekat.
Sumber: TikTok (@tara_choi_)

Dengan itu, siap sudah hidangan Tteokbokki anda, senang bukan? Bila ada masa terluang, boleh la cuba resepi ini di rumah ya!

https://www.tiktok.com/@tara_choi_/video/7332485075117804801

Tara Kongsi Resepi Buat Kimchi

Sebelum ini, Tara juga pernah berkongsi dengan pengikutnya tentang cara-cara memasak hidangan sampingan terkenal masyarakat Korea iaitu Kimchi. Apa yang lebih menarik adalah ia merupakan resepi asli dari kampung halamannya.

Sumber: Pexels

Antara bahan-bahan yang anda perlukan adalah seperti berikut:

  • Kubis panjang.
  • Campuran satu cawan air bersama satu cawan garam.
  • 3 sudu kisar bawang putih. 
  • Gula sebanyak 2 setengah sudu. 
  • Sos ikan 5 sudu. 
  • Air kosong 7 sudu.

Untuk langkah penyediaan yang lebih terperinci, jangan lupa baca artikel kami di bawah ini. Good luck!

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gadis Korea Dedah Resepi Kimchi Sebenar. Senang Je Katanya!

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Roti Jala Lembut Ini Raih Lebih 9K Shares. Jom Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Kena Cuba Buat Kat Rumah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd