Now Reading
Resepi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Kena Cuba Buat Kat Rumah!

Resepi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun, Kena Cuba Buat Kat Rumah!

Resepi sambal nasi lemak ini boleh tahan beberapa hari jika disimpan pada suhu bilik.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bila bercakap tentang Nasi Lemak, ia adalah hidangan yang menjadi kegemaran hampir kesemua rakyat Malaysia kerana menu ini merupakan makanan tradisional negara kita.

Kebiasaannya, menu Nasi Lemak ini dinikmati ketika sarapan pagi di kedai makan atau dimasak sendiri di rumah.

Nasi yang ditambah dengan telur rebus, kacang goreng, timun dan sambal ikan bilis adalah hidangan yang pastinya dinikmati oleh semua peringkat usia.

Sumber: Nasi Lemak Tok Wan Ali

Resepi Sambal Nasi Lemak Turun Temurun

Mungkin ada di antara anda yang mahu mencuba sendiri untuk masak sambal nasi lemak untuk dihidangkan kepada ahli keluarga.

Ciapan yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter ini (@NurulShima_3) boleh membantu anda kerana baru-baru ini dia berkongsi resepi sambal yang digunakan secara turun temurun.

Resepinya adalah seperti berikut:

  1. Tumis 3 sudu bawang merah yang sudah dikisar sehingga naik bau wangi.
  2. Masukkan 3 sudu besar ikan bilis yang sudah dikisar dan kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan 7 sudu besar cili kering kisar mengikut sukatan kepedasan yang diinginkan.
  4. Masukkan 3 sudu besar gula melaka yang sudah dihancurkan dan kacau sehingga sebati.
  5. Biarkan sambal masak untuk sementara waktu dan pastikan api tidak terlalu kecil atau besar.
  6. Apabila sambal sudah kelihatan merah berkilat, masukkan 5 sudu kecil garam dan 7 sudu besar air asam jawa.
  7. Kacau sambal dan biarkan ia mereneh.
  8. Apabila sambal sudah mula pekat, masukkan 2 sudu besar gula putih dan 2 helai daun padan.
  9. Kacau dan biarkan sambal mereneh.
  10. Selepas sambal dimasak selama 20 minit, tutup api dan boleh dihidangkan.

Sambal ini katanya boleh tahan beberapa hari dalam keadaan suhu bilik. Anda yang mahu mencuba resepi ini, silakan. Nanti kongsi dengan kami di media sosial, jadi atau tidak sambal nasi lemak anda mengikut resepi di atas.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd