Now Reading
Resepi Roti Jala Lembut Ini Raih Lebih 9K Shares. Jom Cuba!

Resepi Roti Jala Lembut Ini Raih Lebih 9K Shares. Jom Cuba!

Roti Jala sememangnya sering menjadi makanan kegemaran ramai.

Siti Murni

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Bila scroll media sosial petang-petang ni, tak lain tak bukan, mesti terjumpa resepi mudah, sedap, dan viral.

Tangan ni mulalah nak mencuba walaupun tak pernah buat. Maklumlah, musim-musim PKP ini memang habis kerja di rumah, nak ‘beraksi’ di dapur pula untuk hidangan keluarga.

Kredit GIF: Tenor

Kalau dah tak tahu nak masak apa, boleh cuba tengok resepi Roti Jala Pagi Lembut Sampai Petang Versi Etty Farah ini yang telah dikongsikan oleh Facebook Page – Resepi Aqilah.

Nampak macam mudah dan simple je. 😉

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 cawan air, santan, susu cair (saya campur 1 cawan air + 1 cawan santan + 1 cawan susu cair)
  • 3 sudu kecil garam (saya guna sudu kecil kfc)
  • 3 sudu kecil minyak masak (saya guna sudu kecil biasa)
  • 3 sudu kecil serbuk kunyit (saya guna sudu kecil kfc atau nak letak 3 titik pewarna kuning pun boleh)
  • 1 biji telur

Cara-caranya:

Kisar semua, perap 30 minit (tak perap pun boleh) dan jalakan atas kuali leper. Boleh juga guna jala guna botol muncung 3 (beli di Daiso).

Lepas itu, boleh dihidangkan bersama kari ayam. Memang perfect!

Mudah je kan? Selamat mencuba!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × two =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd