Now Reading
[Video] Period 2 Hari Normal Atau Tidak? Ini Penjelasannya

[Video] Period 2 Hari Normal Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Antara punca seseorang berdepan dengan masalah darah haid yang keluar selama dua hari adalah faktor hormon tidak matang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, para wanita mempunyai satu fasa lain yang tidak dilalui kaum adam iaitu darah haid pada setiap bulan.

Darah dan tisu haid yang keluar daripada bahagian faraj membantu wanita menyingkirkan toksin terkumpul selama sebulan pada lapisan rahim.

Namun begitu, ramai juga di antara golongan wanita masih berdepan masalah period yang kurang stabil dan tidak tahu punca sebenarnya.


Doktor Kongsi Tempoh Kitaran Haid Sebenar Wanita

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan menerusi perkongsian di laman TikTok (@klinikazreen), telah berkongsi info tentang masalah haid wanita yang hanya mengambil masa dua hari sahaja.

Menurut Dr Azreen, kitaran haid normal adalah 24 ke 38 hari. Manakala tempoh haid normal sekitar empat ke lapan hari. Oleh disebabkan itu, masalah wanita yang mengalami haid selama dua hari dikategorikan sebagai keadaan tidak normal.

Sumber: Freepik

Kebiasaannya, wanita yang mengalami situasi berkenaan akan mengalami aliran darah sedikit berbanding mereka yang normal. Hal ini berlaku disebabkan oleh dinding rahim yang tidak menebal seperti sepatutnya bagi melancarkan flow darah sepanjang tiga ke lima hari.

Jelas doktor itu, ketebalan dinding rahim dipengaruhi oleh gangguan estrogen dan progestron iaitu sejenis hormon wanita.


Faktor Darah Haid Keluar Selama 2 Hari Sahaja

Tambah Dr Azreen, terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada gangguan hormon estrogen dan progestron sehingga menyebabkan tempoh haid berkurangan. Buat mereka yang mengalami masalah tersebut, take note!

#1. Umur

Kebiasaannya, darah haid sedikit adalah disebabkan faktor umur iaitu bagi golongan muda yang baru sahaja datang bulan buat pertama kali. Hal ini disebabkan oleh hormon badan yang masih belum matang pada usia sedemikian.

Namun begitu, jika situasi itu berlaku pada mereka yang berumur 40 tahun ke atas, maka ia berkemungkinan terjadi akibat peri-menopause iaitu fasa sebelum menopaus.

Sumber: Unsplash
#2. Kehamilan

Jika mengalami tempoh haid selama dua hari, anda perlu ambil maklum bahawa ia berkemungkinan disebabkan oleh kehamilan terutamanya buat mereka yang selama ini mempunyai haid normal.

Bagi memastikannya, seseorang itu dinasihatkan untuk membuat ujian air kencing (UPT) sama ada anda positif hamil atau tidak.

Sumber: Unsplash
#3. Menyusu Badan

Ibu yang sedang menyusu badan kepada bayi selalunya berdepan dengan masalah sama kerana golongan tersebut mengambil masa bagi mendapatkan haid selepas tempoh bersalin.

Memetik sumber Hello Doktor, tubuh badan wanita akan menghasilkan sejenis hormon bernama prolactinis yang membantu penghasilan susu dalam payudara.

Ia terletak pada kelenjar pituitari pada otak dan walaupun ia membantu penghasilan susu. Namun begitu, ia akan menghalang atau mengganggu kitaran haid.

Sumber: Freepik
#4. Berat & Diet

Hormon wanita amatlah berkait rapat dengan lemak badan. Semakin tinggi kandungan lemak dalam tubuh badan, semakin tidak stabil hormon seseorang itu.

Jika anda tidak mengekalkan berat badan ideal dan diet pemakanan yang kurang teratur, maka ia boleh memberi kesan kepada tempoh haid selama dua hari.

Sumber: Unsplash
#5. Faktor Kesihatan

Sekiranya anda mengalami masalah darah haid yang sedikit dan tidak teratur, maka anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan pakar mengenainya. Hal ini bertujuan bagi memastikan anda terlibat dengan sebarang masalah kesihatan ataupun tidak.

Sumber: Unsplash

Sebagi contoh:

https://www.tiktok.com/@klinikazreen/video/7319117573512072455

Tips Lancarkan Haid Wanita

Buat anda yang sedang mengalami masalah haid yang sedikit, usah risau kerana perkara tersebut boleh dicegah. Antara tips yang boleh diguna pakai bagi mengatasi perkara itu adalah seperti:

Sumber: Pexels/Unsplash
  • Melakukan senaman yoga selama lima kali seminggu.
  • Kekalkan berat badan yang sihat.
  • Bersenam secara kerap.
  • Mengambil vitamin D melalui pendedahan cahaya matahari.
  • Mengambil jenis makanan yang bersesuaian dengan keadaan tersebut seperti nanas, kayu manis, cuka epal, susu, keju dan sebagainya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Pun Ada ‘Period’? Kenali Tanda-tanda Irritable Men Syndrome (IMS)

Baca Artikel Berkaitan: Kekejangan Perut Tapi Bukan Dalam Haid? Mungkin Ini Beberapa Puncanya


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd