Now Reading
[Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu

[Video] Ini 4 Punca Hormon Wanita Terganggu & Period Selalu Tak Menentu

Antara perkara yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur adalah tidur tidak mencukupi dan pengambilan makanan secara tidak sihat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kitaran haid wanita secara umumnya adalah selama 28 hari dan wanita akan mengalami haid sekali dalam tempoh ini. Namun begitu, terdapat juga wanita yang mengalami kitaran haid yang lebih pendek atau panjang.

Malah, ada kitaran haid yang tidak teratur sehingga menyebabkan wanita mengalami haid hanya dua bulan sekali atau tidak datang haid hampir satu tahun.

Aturan kitaran haid bulanan ini dikawal oleh hormon yang dihasilkan di bahagian hipotalamus dan pituitari otak, serta ovari.

Seorang pengguna TikTok (@ainicamila) telah berkongsi empat perkara yang dianggap biasa dilakukan setiap hari tetapi boleh menyebabkan kitaran haid tidak teratur, malah ketidaksuburan dalam wanita.


#1: Penggunaan Produk Mandian

Pertama adalah produk yang digunakan ketika mandi. Dia menasihati supaya wanita menyemak semula produk mandian seperti sabun badan dan syampu.

Menurutnya, banyak produk kecantikan sebenarnya mengandungi bahan kimia yang boleh mengganggu sistem endokrin.

Sistem endokrin adalah rangkaian kelenjar dan organ yang kompleks dan menggunakan hormon untuk mengawal dan menyelaras beberapa fungsi badan termasuk pembiakan.

Bahan kimia tersebut boleh mengganggu keseimbangan hormon, seterusnya menyebabkan seseorang mengalami kitaran haid yang tidak teratur.

Dia mencadangkan wanita yang mengalami keadaan haid tidak tentu atau ketidaksuburan supaya menukarkan produk mandian dengan yang tidak mengandungi empat jenis bahan kimia berikut:

  • Phthalates
  • Parabens
  • Sodium Laurel Sulfate (SLS)
  • Wangian sintetik
Sumber: Sarah Chai/ Pexels

#2: Tidur Lewat & Tidak Mencukupi

Selain itu, wanita yang sering tidur lewat atau mempunyai corak tidur tidak teratur menyebabkan ritma sirkadian semula jadi badannya terganggu.

Ritma sirkadian yang terganggu akan meningkatkan kadar kortisol dalam badan. Kortisol merupakan sejenis hormon steroid yang boleh terhasil apabila seseorang mengalami tekanan.

Kurang tidur juga akan menyebabkan masalah rintangan insulin yang seterusnya meningkatkan kadar hormon testosteron.

Gabungan kadar kortisol dan testosteron yang amat tinggi ini akan menyebabkan kitaran haid menjadi tidak teratur.

Sumber: Ketut Subiyanto/ Pexels

#3: Pengambilan Makanan Secara Tidak Sihat

Di samping itu, pengambilan makanan yang mengandungi kandungan karbohidrat atau gula tinggi juga boleh menyebabkan rintangan insulin.

Manakala, makanan diproses tinggi akan menyebabkan kadar estrogen dalam badan meningkat.

Seperti kortisol, gabungan kadar estrogren dengan testosteron yang tinggi turut menyebabkan gangguan ke atas kitaran haid.

Aini menasihati wanita supaya memakan makanan semula jadi, serta melebihkan pengambilan protein dan sayur-sayuran.

Lebihkan makanan semula jadi dalam diet harian. (Sumber: Julia Volk/ Pexels).

#4: Diri Dikelilingi Individu Toksik

Perkara terakhir mungkin adalah yang paling tidak disangkakan kerana kebanyakan daripada kita ada melakukan perkara ini sama ada secara terpaksa ataupun tidak.

Hal tersebut adalah membiarkan diri dikelilingi oleh individu bersifat toksik. Perkara ini boleh menyebabkan tekanan yang turut meningkatkan kadar kortisol dalam badan.

Malah, individu toksik turut dikatakan akan ‘menyedut’ tenaga dan kegembiraan daripada seseorang, seterusnya menyebabkan seseorang berasa penat emosi dan mental.

Sumber: Timur Weber/ Pexels.

Aini juga menambah bahawa amat penting bagi individu yang ingin menurunkan berat badan atau mendapatkan kandungan menjauhi individu dengan sifat toksik.

Wanita yang mengalami kitaran haid tidak teratur kebiasaannya sudah mempunyai keletihan dan kemurungan mereka sendiri. Oleh itu, tidak perlu membiarkan orang sekeliling memburukkan keadaan lebih lagi.

Perkara ini turut dipersetujui oleh beberapa individu yang berkata kitaran haidnya menjadi teratur setelah menjauhi individu toksik, dan juga sebaliknya.


Kenal Pasti Kitaran Haid Anda

Kitaran haid anda perlu dicatat supaya pakar kesihatan dapat mengenal pasti sebarang masalah yang timbul di kemudian hari.

Bagi wanita berkahwin pula, catatan kitaran haid akan memudahkan doktor untuk menentukan tarikh bersalin apabila mengandung.

Kitaran haid boleh dicatat menggunakan kalendar, di dalam buku nota atau melalui aplikasi.

Antara aplikasi yang boleh digunakan bagi mencatit kitaran haid adalah Flo. (Sumber: Pexels).

Lebih elok jika anda menggunakan aplikasi khas bagi kitaran haid kerana ia juga dapat menganggarkan kedatangan haid yang seterusnya.

Sumber: TikTok @ainicamila

@ainicamila These four things seems innocent but when done consistently for a long period of time, it can have detrimental effects. #irregularmenses #prolongedmenses #heavymenses #hormonalimbalance #absenceofmenses #menorrhagia #endocrinedisruptors ♬ original sound – CAMILA | MENSES & MIGRAINE

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd