Now Reading
Disebabkan Rasa Takut Kepada Wanita, Lelaki Di Afrika Sanggup Asingkan Diri Sehingga 55 Tahun

Disebabkan Rasa Takut Kepada Wanita, Lelaki Di Afrika Sanggup Asingkan Diri Sehingga 55 Tahun

Menurut lelaki berkenaan, dia mula merasa takut kepada wanita sejak berusia 16 tahun apabila tidak boleh berada di sekeliling individu berlainan jantina.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan setiap antara kita mempunyai rasa takut kepada sesuatu perkara contohnya takut kepada ketinggian, gelap, binatang dan banyak lagi.

Namun perasaan takut itu mempunyai banyak tahap dan segelintir darinya dapat mengatasi perkara tersebut apabila semakin meningkat usia.

Walau bagaimanapun, tidak semua yang mampu mengawal perasaan terbabit malah ia menjadi lebih teruk sehingga menyebabkan trauma.

Lelaki asingkan diri selama 55 tahun sebab takut dengan wanita

Perkara ini samalah seperti apa yang dialami oleh seorang lelaki di Afrika ini apabila mengasingkan dirinya selama 55 tahun gara-gara takut kepada wanita.

Lelaki yang berusia 71 tahun itu telah tinggal di sebuah rumah terpencil yang dikelilingi dengan pagar setinggi 15 kaki selama setengah abad, lapor Oddity Central.

Calllitxe Nzamwita merasa takut kepada wanita sejak remaja iaitu ketika berusia 16 tahun .

Tak boleh dikelilingi individu berlainan jantina

Menurutnya ketakutan itu mula tercetus selepas dia merasakan tidak boleh dikelilingi dengan individu berlainan jantina, apatah lagi jika perlu bercakap dengan mereka.

Maka kerana itu dia membina pagar kayu di keliling rumah dan tidak keluar sejak daripada itu.

Walau bagaimanapun, komuniti wanita dari Nzamwita sentiasa menjaganya apabila mereka turut meninggalkan makanan, pakaian di halaman rumah yang terkunci. Malah setiap barangan itu juga turut digunakan oleh lelaki berkenaan.

“Anehnya, walaupun dia takut wanita, kamilah yang membantu mendapatkan makanan dan beberapa perkara yang dia perlukan.

“Apabila cuba membantunya, dia tidak mahu kami mendekati atau bercakap dengannya. Sebaliknya, kita akan melemparkannya (barangan) ke dalam rumah lelaki tersebut dan dia kemudian akan datang untuk mengambilnya.

“Dia tidak membenarkan kami mendekatinya, tetapi dia masih mengambil apa yang kami tawarkan dari jauh,” ujar seorang wanita.

Merasakan diri mengalami gynophobia

Meskipun tidak pernah didiagnosis apakah fobia yang dialami namun lelaki itu percaya dia mengalami gynophobia iaitu satu keadaan yang jarang berlaku seperti ‘ketakutan yang tidak masuk akal terhadap wanita’.

“Saya tidak mahu wanita di sekeliling kerana ia menakutkan.

“Saya mengunci diri saya di sini dan mempunya pagar di sekeliling untuk memastikan tiada wanita yang datang dekat kepada saya,” ujarnya.

Secara amnya gynophobia adalah satu perasaan fobia yang timbul apabila seseorang berdekatan dengan wanita. Namun penyakit ini tidak hanya menyerang lelaki sebaliknya turut dirasakan segelintir wanita.

Baca juga: Rasa Takut Bila Tengok Perempuan Itu Petanda Anda Gynophobia


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd