Now Reading
Lelaki Pun Ada ‘Period’? Kenali Tanda-tanda Irritable Men Syndrome (IMS)

Lelaki Pun Ada ‘Period’? Kenali Tanda-tanda Irritable Men Syndrome (IMS)

Golongan lelaki mengalami keadaan yang dipanggil sebagai Irritable Men Syndrome (IMS) atau andropaus yang menyebabkan penurunan hormon.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau cakap bab perubahan emosi, mesti ramai terfikir golongan wanita kerana mereka mengalami haid pada setiap bulan yang akan mempengaruhi hormon dalam badan.

Tidak dinafikan perempuan ketika ‘period’ agak sensitif dan mudah marah walaupun hanya melibatkan perkara-perkara kecil. Senang kata, ia adalah perkara biasa dan tidak terlalu mengejutkan.

Tetapi, pernah tak suami atau kenalan lelaki anda tiba-tiba ‘moody’ tak tentu pasal? Percaya tak sebenarnya mereka juga mengalami ‘datang bulan’ seperti wanita? Mesti ramai tak pernah dengar kan?


Lelaki Pun Ada Premenstrual Syndrome (PMS) Ke?

Bagi golongan wanita yang mengalami perubahan emosi ketika haid, mereka berkemungkinan sedang mengalami Premenstrual Syndrome (PMS) seperti mengidam sesuatu makanan, mudah lesu, sakit pada bahagian dada serta pinggang dan sebagainya.

Jadi golongan lelaki yang mengalami perubahan emosi ini melalui PMS juga ke? Memetik sumber Hello Doktor, tiada sebarang bukti kajian yang menunjukkan mereka mengalami PMS seperti wanita haid.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Lelaki Tiada PMS Tetapi IMS

Golongan lelaki sebenarnya mengalami satu keadaan yang dipanggil Irritable Men Syndrome (IMS) dan juga dikenali sebagai andropaus atau monopaus lelaki.

Jangan keliru pula ya antara andropaus dan menopaus.

Menopaus yang berlaku kepada kaum wanita mengakibatkan penurunan hormon secara drastik manakala andropaus pula menyebabkan penurunan hormon secara perlahan-lahan.

Penurunan hormon dalam tubuh badan lelaki berlaku sebanyak 2% setahun ketika berada dalam lingkungan usia 30 hingga 40 tahun dan keadaan inilah yang menyebabkan mereka juga mengalami ‘mood swing’.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Pexels)

Simptom Irritable Men Syndrome (IMS)

Selain mengalami perubahan emosi, ada beberapa lagi simptom yang menunjukkan seseorang lelaki itu menpunyai IMS. Antaranya:

  • Mudah penat dan lesu.
  • Kerap berasa murung.
  • Cepat sensitif
  • Susah untuk fokus
  • Kerap terlupa
  • Kurang bertenaga
  • Nafsu seksual rendah
  • Penambahan berat badan
  • Rambut gugur
  • Sukar untuk tidur

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@dr.samhan), doktor ini menjelaskan bahawa golongan lelaki yang mengalami IMS ini kebiasaannya disebabkan oleh stres, lapar atau kurang belaian.

Tambah doktor ini lagi, kajian mendapati bahawa kitaran hormon wanita boleh dijangka setiap bulan tetapi ketidakstabilan hormon lelaki sukar dijangka.

Jadi bagaimana bagi mahu ‘mengubati’ lelaki yang mengalami IMS ini? Antara cara mudah yang boleh dilakukan adalah dengan memberikan ruang, masak hidangan kegemaran mereka dan memberikan layanan yang baik.

Semoga perkongsian ini dapat menyelesaikan persoalan anda tentang sikap pasangan yang tiba-tiba ‘moody’ macam perempuan.

https://www.tiktok.com/@dr.samhan/video/7111691317482409242?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd