Now Reading
Minyak Sayur Tingkatkan Risiko Penyakit Kronik, Ini Penjelasan Doktor

Minyak Sayur Tingkatkan Risiko Penyakit Kronik, Ini Penjelasan Doktor

Dr Muhamad Hazwan menjelaskan bahawa pengambilan minyak sayur secara berlebihan mampu meningkatkan risiko penyakit keradangan seperti sakit jantung, obesiti, kencing manis, parkinson dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila berbicara tentang kesihatan, pasti ramai menginginkan tubuh badan dan sistem imuniti yang cergas serta kuat.

Oleh disebabkan itu, pelbagai cara dan kaedah dilakukan oleh seseorang individu bagi memastikan perkara tersebut berlaku.

Baca Artikel Berkaitan: Gadis Ini Kongsi Tips Diet Sihat. Berat Dari 89 KG Turun Kepada 57 KG!

Namun kadangkala, amalan diet sihat seperti yang diperkatakan oleh orang ramai adalah kurang betul dan tepat dari segi perubatan.


Doktor Ini Jelaskan Risiko Pengambilan Minyak Sayur Secara Berlebihan

Baru-baru ini, seorang doktor kesihatan, Dr Muhamad Hazwan menerusi akaun TikTok miliknya (@drwanshare) telah menjelaskan beberapa kemudaratan pengambilan minyak sayur secara berlebihan.

Jelas doktor itu, masyarakat pada ketika ini sering mengikuti trend, tips dan gaya hidup yang diamalkan oleh orang barat khususnya untuk penjagaan diri.

@drwanshare

Tahukah tak korang minyak zaitun ni antara minyak yang paling sihat di dunia kerana ia mempunyai sifat anti-keradangan dan sangat baik untuk kesihatan. Jangan kita tertipu dengan cara matsaleh or orang barat yang nak kita consume banyak minyak sayur seperti canola, sunflower oil yang mana tinggi dengan Omega 6. Ia berbahaya kalau kita consume omega 6 secara berlebihan kerana ia akan menyebabkan keradangan pada sistem badan. Minyak zaitun, antara minyak tabg tinggi khasiat dan disebutkan didalam alquran dan antara pemakanan sunnah Nabi saw. Korang boleh amalkan mana2 minyak zaitun yang ada dipasaran, asalkan asli ya…! Macam aku, pilihan aku adalah minyak zaitun dari @Olive House Malaysia . Cara terbaik untuk mendapat khasiat minyak zaitun adalah dengan pengambilan 2 sudu setiap hari secara terus Sooo..korang nak tak kalau Olivie nak bagi minyak zaitun Extra Virgin Olivie Mini PERCUMA kat korang?? BETUL!! PERCUMA..! So kalau korang nak, buat 3 langkah mudah ni Pertama, Register di Bag Biru kat bawah ni Kedua, Pastikan korang follow tiktok @OliveHouseMalaysia Ketiga, Korang kena like dan share posting ni! senang jeee kannn Jadi jom sertai contest TIKTOK Giveaway kalau korang nak menangi Olivie Plus 30X Mini ni! Bermula 11 November hingga 15 December 2023 je tau!! SAPA CEPAT DIA DAPAT!!! #shouldbeme #dr1share #oliveoil #olivie

♬ original sound – DR1 SHARE – DR1 SHARE

Antara diet yang sering disarankan oleh rakyat negara luar adalah dengan mengamalkan pengambilan minyak sayur dalam rutin harian seperti minyak canola, minyak bunga matahari dan minyak biji anggur.

Katanya, pengambilan minyak sayur yang terlalu banyak bakal meningkatkan risiko menghidapi pelbagai penyakit keradangan sebagai contoh sakit jantung, sakit lutut, obesiti, kencing manis, parkinson dan banyak lagi.

Sumber: PharmEasy/Natural Poland

Minyak Sayur Mempunyai Banyak Omega-6

Menurut Dr Hazwan, minyak sayur mengandungi nutrien Omega-6. Walaupun ianya baik untuk kesihatan, namun pengambilan yang melampau bakal memudaratkan badan sendiri.

Kenyataan itu juga telah disokong oleh sebuah kajian dan doktor pakar jantung sebelum ini.

Memetik sumber Doc Health Centre, minyak sayur mengandungi kandungan lemak aktif biologi, dikenali sebagai asid lemak tak tepu, Omega-6 yang berbahaya sekiranya diambil secara berlebihan.

Badan manusia secara umumnya, perlu mendapatkan keseimbangan pelbagai jenis asid lemak dalam diet harian.

Oleh disebabkan itu, ketidakseimbagan Omega-6 dalam sistem badan akan mendorong kepada penyakit-penyakit berbahaya terutamanya sakit jantung.

Kadangkala, kandungan kolestrol yang tersumbat di bahagian jantung manusia juga adalah disebabkan pengambilan minyak sayur secara berterusan.

Baca Artikel Berkaitan: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu

Baca Artikel Berkaitan: 16% Kes Kematian Di Malaysia Kerana Sakit Jantung. So Please, Jaga Hati

Sumber: Freepik

Minyak Zaitun Boleh Dijadikan Sebagai Alternatif

Kepada anda yang sering menggunakan minyak sayur dalam masakan atau pemakanan, usah risau. Terdapat minyak lain yang boleh dijadikan sebagai pengganti iaitu minyak zaitun.

Menerusi hantaran Doktor Hazwan, dia memberitahu bahawa minyak zaitun adalah antara minyak yang paling sihat di dunia kerana ia mempunyai sifat anti-keradangan dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Antara kebaikan pengambilan minyak zaitun yang lain adalah seperti:

  • Mengatasi penyakit Alzheimer dan diabetes.
  • Mencegah strok.
  • Menurunkan berat badan.
  • Mengurangkan risiko depresi.
  • Bersifat antibakteria.
  • Mempunyai antioksidan yang terdiri daripada vitamin K dan vitamin E bagi mencegah penyakit kronik.

Kalau nak tahu, pengambilan minyak tersebut bukan sahaja bagus untuk tubuh badan malah anda juga akan diberikan ganjaran pahala kerana ia merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Memetik hadis daripada Abu Hurairah RA:

“كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ، فَإِنَّهُ شِفَاءٌ مِنْ سَبْعِينَ دَاءً، مِنْهَا الْجُذَامُ”

Maksudnya: “Kalian makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak sapu, kerana sesungguhnya ia penawar bagi tujuh puluh penyakit, antaranya penyakit kusta.”

[Riwayat Abu Nu‘aym dalam al-Tibb. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 512]

Sumber: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd