Now Reading
Ini 5 Cara Cegah Kanser Usus Besar, Antara Barah Tertinggi Di Malaysia

Ini 5 Cara Cegah Kanser Usus Besar, Antara Barah Tertinggi Di Malaysia

Terdapat kira-kira 3,000 kes kanser usus besar atau dikenali sebagai kolorektal yang berlaku dalam Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, kanser adalah sejenis penyakit yang amat berbahaya kerana ia antara penyumbang kematian tertinggi di Malaysia.

Antara jenis kanser yang sering dilaporkan di Malaysia adalah seperti kanser payudara, kolon (usus besar), paru-paru, serviks dan sebagainya.

Kalau anda nak tahu, kanser usus besar atau kolorektal merupakan salah satu kanser paling kerap berlaku.


Keadaan Yang Menyebabkan Kanser Usus Besar Berlaku

Beberapa tahun lalu, penyakit kolorektal telah meragut nyawa pelakon Hollywood terkenal iaitu Chadwick Boseman yang memainkan watak King T’challa dalam filem Black Panther.

Dia telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 43 tahun selepas empat tahun berjuang melawan kanser usus besar tahap empat.

Sumber: Marvel

Menurut Hello Doktor, terdapat kira-kira 3,000 kes melibatkan kanser usus dilaporkan pada setiap hujung tahun dalam negara.

Penyakit itu juga kebiasaannya dihidapi oleh individu yang sudah lanjut usia atau mereka yang mempunyai keadaan seperti berikut:

  • Sejarah kesihatan berkaitan kanser atau polip kolorektal.
  • Mempunyai keradangan usus seperti penyakit Crohn atau Ulcerative Colitis.
  • Sindrom yang meninggikan risiko kanser kolon seperti penyakit genetik (familial adenomatous polyposis).
  • Mengamalkan diet rendah serat dan tinggi kandungan lemak.
  • Sering menghisap rokok.
  • Menghidapi diabetes.
  • Individu yang tergolong dalam obesiti.
  • Pernah menjalani rawatan terapi radiasi kanser.

Ini 5 Petua Untuk Cegah Kanser Usus Besar Daripada Berlaku

Selain mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di hospital, terdapat beberapa gaya hidup dan petua lain yang boleh diamalkan oleh setiap individu bagi mencegah penyakit tersebut.

#1. Mengamalkan Pengambilan Makanan Berasaskan Tumbuhan

Makanan berasaskan tumbuhan seperti buah, sayur-sayuran dan kekacang berpotensi untuk mencegah kanser usus besar kerana ia mempunyai komponen bioaktif, fitokimia serta serat yang boleh melambatkan pertumbuhan serta perkembangan sel kanser di sekitar tubuh badan anda.

Antara tumbuhan yang boleh anda makan adalah seperti beri, plum, bawang, tomato, kunyit, halia, cendawan, soya dan variasi bijirin penuh.

Sumber: Pexels
#2. Mengurangkan Pengambilan Makanan Diproses Atau Daging Merah

Menurut Hello Doktor, satu kajian mendapati bahawa risiko menghidapi kanser tersebut adalah sebanyak 20 ke 30% lebih tinggi sekiranya seseorang individu itu gemar makan daging merah berbanding daging putih.

Sumber: Pexels
#3. Elak Minum Alkohol

Pengambilan alkohol yang sederhana dan berat dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser kolon sebanyak 1.5 kali ganda berbanding mereka yang tidak minum.

Satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pada tahun 2021 mendapati bahawa kalangan remaja yang mengambil minuman keras lebih berisiko untuk menghidapi kanser berbahaya itu berbanding kumpulan umur lain.

Sumber: Pexels
#4. Berhenti Merokok

Merokok menggunakan cara tradisional seperti tembakau atau gaya moden iaitu vape mampu menyebabkan anda menghidapi kanser kolon.

Untuk info, golongan perokok mempunyai risiko terkena serangan kanser 50% lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah atau sudah berhenti merokok.

Sumber: Pexels
#5. Mengawal Berat Badan (BMI)

Langkah yang seterusnya adalah dengan mengawal berat badan.

Antara cara yang boleh membantu adalah dengan melakukan senaman ringan pada setiap hari.

Menerusi kajian National Cancer Institute di Amerika Syarikat, sebarang senaman mampu meningkatkan tahap antioksidan dan fungsi sistem imunisasi di dalam tubuh.

Oleh itu, ia dapat membaik pulih DNA (asid deoksiribonukleik) seseorang sekaligus mengurangkan risiko kanser kolon.

Sumber: Freepik

Baca Artikel Berkaitan: “Allah SWT Will Look After Me” – Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma Lepas 2 Kali Buat Ujian

Baca Artikel Berkaitan: Elyana Ucap Syukur Kanser Dalam Badan Kini Hilang Selepas 11 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Elyana Ucap Syukur Kanser Dalam Badan Kini Hilang Selepas 11 Tahun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd