Now Reading
Elyana Ucap Syukur Kanser Dalam Badan Kini Hilang Selepas 11 Tahun

Elyana Ucap Syukur Kanser Dalam Badan Kini Hilang Selepas 11 Tahun

Elyana meluahkan rasa syukur dan gembira apabila berkat usaha dan doa kepada Tuhan akhirnya membuahkan hasil.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Setiap orang ada dugaan masing-masing. Ada yang diuji dengan masalah keluarga, kewangan dan kesihatan.

Meskipun diuji dengan pelbagai perkara, kita kena terus kuatkan semangat untuk teruskan kehidupan.

BACA JUGA: Suami Tangguh Ceraikan Isteri, Siap Boleh Pergi Umrah Dulu

Sama seperti seorang penyanyi iaitu Elyana Emrizal apabila dia mengumumkan pada tahun 2017 tentang penyakit kanser yang dihidapinya.

Boleh dikatakan ramai yang agak terkejut mendengar pengumuman itu kerana Elyana dilihat sebagai seorang yang periang dan sihat dari segi luaran.

Selepas disahkan menghidap kanser, Elyana tetap terus bersemangat untuk kembali sembuh.

Akhirnya, kanser hilang selepas 11 tahun

Terbaharu, Elyana membuat pengumuman di laman Instagram miliknya bahawa kanser di dalam tubuh badannya sudah hilang selepas 11 tahun.

Alhamdulillah!

Elyana meluahkan rasa bersyukur dan sangat gembira apabila perjuangannya selama ini berhasil.

Penyanyi tersebut bercerita yang dia sebelum ini hampir berputus asa dan cemburu melihat kesihatan yang dimiliki oleh orang lain. Namun, dia tetap percaya keajaiban daripada Tuhan pasti akan berlaku.

Kredit: Instagram @elyanaofficial1

Walaupun kanser itu disahkan sudah hilang daripada badan, Elyana dilihat masih meneruskan rawatan kemoterapi yang kelima di hospital.

Kredit: Instagram @elyanaofficial1

Ramai bersyukur dan beri kata-kata semangat kepada Elyana

Di ruangan komen pada dua posting yang dimuat naik pagi ini (8 Disember), ramai rakan artis serta peminatnya yang mengucapkan rasa syukur dan gembira mendengar pengumuman tersebut.

Kredit: Instagram @elyanaofficial1
Kredit: Instagram @elyanaofficial1
Kredit: Instagram @elyanaofficial1

Syukur, Alhamdulillah! Semoga Elyana semakin sihat dan kembali meneruskan kehidupan seperti biasa. Kami akan sentiasa beri semangat untuk Elyana.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd