Now Reading
“Allah SWT Will Look After Me” – Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma Lepas 2 Kali Buat Ujian

“Allah SWT Will Look After Me” – Chef Wan Dedah Hidap Kanser Limfoma Lepas 2 Kali Buat Ujian

Cef Selebriti ini walau bagaimanapun menerima segala takdir dengan hati yang terbuka meskipun anak perempuannya, Serina, tidak dapat menahan sebak setelah mendengar berita duka ini melanda bapa kesayangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Perit untuk ditelan, namun itulah perasaan yang menggambarkan keadaan cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan di mana beliau baru sahaja disahkan menghidap kanser limfoma.

Berita duka berkenaan telah dikongsikan menerusi hantaran panjang di Instagram miliknya kira-kira 14 jam lalu.

Menurutnya, selepas dua kali melakukan ujian electrocardiogram, pada jam 3 petang doktor memaklumkan berita tersebut kepadanya.

Saya baru sahaja menjalani ujian ECG saya. Jam 3 petang doktor menyampaikan berita tentang keputusan biopsi saya. Mereka terpaksa menjalankan ujian sebanyak dua kali untuk memastikan keputusan itu. Saya sememangnya menghidap kanser limfoma.

Chef Wan.

Menerusi hantaran sama, Chef Wan turut memaklumkan doktor ada memberitahu peluang untuk beliau sembuh adalah antara 70-80%. Justeru itu, beliau perlu menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 13 kitaran untuk jangka masa selama 13 minggu ini.

Pada peringkat ini, peluang untuk sembuh biasanya adalah 70 hingga 80%. Isnin ini, saya akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan sumsum tulang. Saya juga akan menjalani kimoterapi dan memulakan rawatan itu serta merta sebanyak 13 kitaran iaitu bermaksud selama 13 minggu.

Chef Wan.

Chef Wan juga mengatakan beliau tidak dapat membayangkan dirinya yang akan berdepan dengan keguguran rambut akibat kesan sampingan.

Cef Selebriti ini walau bagaimanapun menerima segala takdir dengan hati yang terbuka meskipun anak perempuannya, Serina, tidak dapat menahan sebak setelah mendengar berita duka ini melanda bapa kesayangan.

Terima kasih atas semua doa dan ucapan anda. Tolong jangan risau kerana kita semua akan melalui ini bersama-sama… supaya kita boleh memberi inspirasi dan membantu orang lain di masa hadapan. Saya menerima semua ujian ini dengan hati terbuka dan keberanian. Inilah kehidupan… anda hanya perlu melaluinya satu demi satu dengan cara positif.

Chef Wan.

Ramai Mula Tinggalkan Komen Mendoakan Serta Memberikan Semangat Buat Chef Wan

Berita ini tidak dinafikan mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat setia Chef Wan serta rakan-rakan seperjuangan dalam industri.

Ruangan komen hantaran tersebut juga kini dibanjiri oleh komen-komen positif bertujuan untuk menaikkan lagi semangat Chef Wan. Tidak kurang juga dengan yang turut mendoakan kesejahteraan serta kesembuhan Cef Selebriti ini.

“Semoga Allah SWT mengangkat sakitnya dan berikan kekuatan kepada Chef Wan”.

Sumber: Instagram

Kanser Limfoma

Untuk pengetahuan umum, Limfoma adalah merujuk kepada sejenis kanser yang bermula dalam sel-sel sistem imun yang berfungsi melawan jangkitan. Ia juga dikenali sebagai limfosit yang terdapat pada nodus limfa, limpa, timus, sumsum tulang, serta bahagian-bahagian badan yang lain.

Sistem limfa ini sepatutnya menjadi rangkaian untuk melawan penyakit di dalam badan seseorang. Memiliki limfoma bermakna limfosit berubah dan berkembang di luar kawalan.

Keadaan kesihatan ini kebiasaannya berlaku terutamanya kepada orang tua dan golongan lelaki. Walau bagaimanapun, keadaan kesihatan ini akan dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya.

Sumber: Instagram _chefwan58 | hellodoktor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd