Institut Jantung Negara Tawar Pemeriksaan Kesihatan Percuma Hingga 20 Oktober Ini
Institut Jantung Negara (IJN) telah menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma selama sebulan sempena Hari Jantung Sedunia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Statistik perangkaan negara sebelum ini menunjukkan bahawa 17% kematian di Malaysia adalah berpunca daripada penyakit jantung.
Ia disebabkan oleh kesempitan dalam pengumpulan arteri yang membekalkan jantung dengan darah dan seterusnya mendatangkan masalah kekurangan bekalan darah ke jantung.
Sebelum ini, terdapat beberapa kes kematian mengejut telah berlaku disebabkan oleh serangan jantung.
Artikel Berkaitan: Lelaki Rebah Di Restoran Dipercayai Akibat Serangan Jantung Ketika Bersarapan
Artikel Berkaitan: Anggota RELA Meninggal Dunia Ketika Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Seremban
Artikel Berkaitan: Pemandu E-Hailing Didakwa Mati Dikunci Dalam Rumah Di Petaling Jaya, Ini Sebenarnya Yang Berlaku
Institut Jantung Negara (IJN) Tawar Pemeriksaan Kesihatan Secara Percuma Sempena Hari Jantung Sedunia
Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia yang bakal disambut pada 28 September, Institut Jantung Negara (IJN) telah menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada orang ramai.
Orang ramai boleh memeriksa tahap kesihatan mereka dari segi kadar kolesterol, glukosa dan tekanan darah tanpa perlu membuat sebarang temu janji. Boleh ‘walk-in’ je.
Pemeriksaan kesihatan tersebut dilakukan selama satu bulan di Lobi IJN pada hari bekerja sahaja iaitu Isnin sehingga Jumaat.

Walau bagaimanapun, tempoh pemeriksaan percuma itu terhad pada jam 10:00 pagi sehingga 2:00 petang sahaja.
Tetapi jangan risau, perkhidmatan percuma ini boleh didapati sehingga 20 Oktober 2023.
Perkongsian ini yang dimuat naik oleh seorang doktor kesihatan di laman X (Twitter @DrBenRusani) mendapat perhatian ramai.
Boleh dikatakan ramai juga yang prihatin dan tidak mahu melepaskan peluang ini untuk memeriksa tahap kesihatan mereka.
PERCUMA 1 bulan.
— Dr Beni (@DrBeniRusani) September 18, 2023
Sempena Hari jantung.
— Periksa darah gula & cholesterol & BP di lobi IJN.
Setiap 1 dari 3 dari anda ada tinggi cholesterol. Dan 1/5 ada diabetes. pic.twitter.com/3y2DsoP5cg
Kenapa Perlu Ambil Tahu Tentang Tahap Kesihatan Jantung?
Kadar kolesterol, glukosa dan tekanan darah yang tidak dijaga boleh menjadi punca kepada masalah jantung.
Untuk pengetahuan umum, serangan jantung akan berlaku apabila aliran darah ke otot jantung terganggu akibat penyempitan atau penyumbatan saluran darah.
Pengumpulan lemak (kolestrol) di dinding salur darah menyebabkan lama-kelamaan salur darah akan menjadi sempit dan tersumbat, lalu sel jantung tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi dan mati.

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Bagi Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Selain menjaga pemakanan anda, gaya hidup yang sihat juga memainkan peranan bagi mengelakkan anda menghidap penyakit jantung. Antaranya:
- Berjalan 15 minit setiap hari.
- Mengurus stres dengan baik.
- Mendapatkan tidur yang mencukupi.
- Berhenti merokok.
- Mengekalkan berat badan yang ideal.
Semoga perkongsian ini dapat memberi kesedaran kepada anda untuk menjaga kesihatan jantung dengan baik.
#HariJantungSedunia2023
Artikel Berkaitan: 16% Kes Kematian Di Malaysia Kerana Sakit Jantung. So Please, Jaga Hati
Artikel Berkaitan: IJN & Novartis Kolaborasi Tangani Penyakit Jantung Di Malaysia
Artikel Berkaitan: Ini Kesan & Risiko Penyakit Jantung Kardiovaskular Yang Perlu Anda Tahu
Sumber: Twitter @DrBenRusani
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.