Now Reading
Anggota RELA Meninggal Dunia Ketika Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Seremban

Anggota RELA Meninggal Dunia Ketika Perarakan Hari Kebangsaan 2023 Di Seremban

Pihak hospital mengesahkan punca kematian anggota RELA Muhammad Noh Muhammad Isa yang rebah ketika perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan adalah kerana masalah jantung.

anggota rela meninggal dunia hari kebangsaan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (31 Ogos), Malaysia telah menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66 dengan penuh meriah di seluruh negara lebih-lebih lagi di Dataran Putarajaya.

Pelbagai persembahan yang menjadi tumpuan ramai seperti perbarisan tentera, anggota polis, anggota bomba dan sebagainya.

Orang ramai yang tidak berpeluang untuk ke Dataran Putrajaya juga boleh menontonnya secara langsung di siaran televisyen.


Anggota RELA Rebah Ketika Dalam Perbarisan Hari Kebangsaan

Namun sambutan Hari Kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan yang juga diraikan dengan penuh gembira bertukar duka apabila seorang anggota Angkatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dilaporkan meninggal dunia ketika menyertai perbarisan.

Memetik laporan Free Malaysia Today, individu tersebut bernama Muhammad Noh Muhammad Isa adalah ketua kontinjen RELA Negeri Sembilan berusia 53 tahun.

Allahyarham didapati tiba-tiba rebah di atas jalan dan tidak menyedarkan diri selepas berarak bersama anggota yang lain melintasi pentas utama.

Susulan itu, dia terus dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) kira-kira jam 10:00 pagi sebelum disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung.

Ketua Polis Daerah Seremban Arifai Tarawe memaklumkan kematian tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Bedah siasat dibuat dan Bahagian Forensik Hospital Tuanku Ja`afar Seremban mengesahkan punca kematian adalah disebabkan oleh masalah jantung ‘Coronary Artery Occlusion.

Ketua Polis Daerah Seremban Arifai Tarawe.

Video ketika kejadian berlaku juga sempat dirakam oleh orang awam dan dimuat naik semula di laman X (Twitter @BuletinTV3).


Arwah Telah Berkhidmat Dengan RELA Selama 13 Tahun

Dalam pada itu, Pengarah RELA Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Muhammad Faiz Musa menyifatkan pemergian Muhammad Noh sebagai satu kehilangan besar kepada pasukan mereka.

Ini kerana arwah telah berkhidmat selama 13 tahun kepada RELA dan sering membantu agensi-agensi lain yag memerlukan latihan kawad kaki.

Bukan sahaja di RELA, malah Allahyarham juga sering membantu agensi-agensi lain yang memerlukan latihan kawad kaki. Saya difahamkan Allahyarham masih sihat dan bersemangat sebelum sambutan bermula. Beliau juga tidak pernah ketinggalan setiap kali ada perbarisan Hari Kebangsaan.

Pengarah RELA Negeri Sembilan, Penolong Pesuruhjaya Kanan, Muhammad Faiz Musa.

Berikutan itu, RELA akan membantu keluarga arwah dengan memberikan sumbangan khairat kematian.

Sumber: Free Malaysia Today


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd