Now Reading
AirAsia X Bakal Terbang Ke London, Istanbul & Dubai Tahun Ini

AirAsia X Bakal Terbang Ke London, Istanbul & Dubai Tahun Ini

AirAsia X berkata penyambungan penerbangan ke London dan penerbangan kali pertama terus ke Dubai menjadi pemangkin perkhidmatan penerbangan jarak jauh bernilai hebat dan ia akan mula dijual tidak lama lagi.

london dubai airasia

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.


Sebagai permulaan era baharu untuk perkhidmatan penerbangan jarak jauh tambang rendah, AirAsia X (AAX) hari ini (15 Jun) mengumumkan bakal terbang dari Kuala Lumpur ke London, Dubai dan Istanbul pada tahun ini.

Pada masa yang sama, AAX juga meraikan pelancaran empat laluan baharu ke Jepun dan Hawaii yang akan mula dijual mulai hari ini.

Dengan pengumuman yang sama, AAX kini menawarkan penerbangan ke tujuh laluan popular dari Kuala Lumpur ke:

  • New Delhi
  • Sydney
  • Seoul (Incheon)
  • Tokyo (Haneda)
  • Sapporo (Chitose)
  • Osaka (Kansai)
  • dan daripada Osaka (Kansai) ke Honolulu. 

Kesemua laluan ini tersedia untuk ditempah bermula hari ini hingga 26 Jun 2022, untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2022 dan 26 Mac 2023.

BACA JUGA: AirAsia X Rai Penerbangan Semula Laluan Korea Selatan & India

Hari ini merupakan hari yang bermakna kerana AAX telah kembali melebarkan sayap dengan semangat baharu. Penyambungan semula empat laluan jarak sederhana popular dan pengumuman tiga perkhidmatan jarak jauh baharu pada hari ini merupakan satu lagi pencapaian yang membanggakan setelah kami melalui satu tempoh yang sukar dalam sejarah industri penerbangan.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Capital A dan Pengasas AirAsia X.
london airasia
London.
(Sumber: University Of London)

Datuk Kamarudin turut meluahkan rasa teruja untuk kembali ke London dan melancarkan penerbangan buat pertama kali ke Dubai dan Istanbul.

“Istanbul adalah salah satu destinasi kegemaran saya dan saya tidak sabar untuk kembali ke negara itu tidak lama lagi. Kami yakin semua destinasi-destinasi ini akan menjadi popular dan kami mengalu-alukan semua tetamu terbang bersama kami,” jelasnya.


Era Baharu Buat AirAsia X

Colin Currie, Presiden (Komersial) Capital A turut berkata bahawa pengumuman hari ini menandakan era baharu untuk syarikat penerbangan AirAsia X yang akan menyambung semula operasi mereka selepas dua tahun, dengan penjenamaan baharu.

Kini ia menawarkan nilai, pengalaman dan destinasi maksimum melalui penjenamaan baharu ini. Walau bagaimanapun, prinsip AirAsia masih tetap sama iaitu untuk memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi sekaligus memberikan peluang maksimum kepada semua untuk terbang ke destinasi impian mereka.

Colin Currie, Presiden (Komersial) Capital A.
london dubai airasia
Sumber: AirAsia

Pihak AirAsia X turut memanfaatkan waktu sekatan perjalanan untuk menyemak semula setiap aspek operasi untuk menawarkan lebih nilai dan pilihan dalam perkhidmatan penerbangan jarak sederhana dan jauh.

BACA JUGA: “Proses Permintaan Refund Hampir Selesai” – AirAsia Aviation Group

Kini dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa di seluruh dunia, kami dapat meneruskan operasi ke destinasi paling popular kami termasuk Australia, Jepun, Hawaii, India dan Korea Selatan terlebih dahulu.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail.

London, Istanbul & Dubai Hanya Permulaan

Mengulas lanjut, pengumuman penyambungan semula empat laluan ke Jepun dan Hawaii serta pelancaran penerbangan ke London, Istanbul dan Dubai hanyalah permulaan.

Pihak mereka mempunyai lebih banyak destinasi dalam perancangan dan akan diumumkan tidak lama lagi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Jelas mereka lagi, penyambungan penerbangan semula ke London serta penerbangan kali pertama terus ke Dubai bakal menjadi pemangkin perkhidmatan penerbangan jarak jauh bernilai hebat dan ia akan mula dijual tidak lama lagi untuk perjalanan menjelang akhir tahun ini.

Saya yakin semua perkhidmatan kami yang disambung semula atau baharu ini akan mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan kami akan kembali kepada kapasiti pra-Covid di beberapa laluan utama kami dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd