Now Reading
AirAsia X Rai Penerbangan Semula Laluan Korea Selatan & India

AirAsia X Rai Penerbangan Semula Laluan Korea Selatan & India

Perkhidmatan tambahan bagi kedua-dua laluan ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


AirAsia X (AAX) hari ini mengalu-alukan ketibaan penerbangan D7 505 dari Incheon (Seoul) ke Kuala Lumpur.

Penerbangan tersebut menandakan penyambungan semula perkhidmatan mingguannya ke/dari Korea Selatan selepas dua tahun yang disambut dengan pancuran air setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).

AAX juga telah menyambung semula perkhidmatannya ke/dari New Delhi, India sebanyak dua kali seminggu bermula 20 April 2022 dengan acara penghantaran tetamu di klia2.

Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi AAX, bukan sahaja untuk pemulihan kami sebagai sebuah syarikat penerbangan tetapi juga untuk pembangunan semula industri pelancongan negara. Penyambungan semula laluan paling popular kami secara berperingkat ini amat dinantikan oleh para tetamu kami dan di seluruh rantaian nilai dalam sektor pelancongan, seterusnya merangsang pemulihan ekonomi negara secara keseluruhan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail.
Para tetamu dari Kuala Lumpur ke New Delhi pada majlis penghantaran tetamu oleh AirAsia X oleh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada 20 April 2022.

Benyamin turut menjelaskan bahawa, “Dengan penyambungan semula perkhidmatan ini, kami ingin memberi jaminan kepada para tetamu bahawa kami akan terus komited untuk mengekalkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi pada setiap masa.

“Seluruh kakitangan kami sama ada di darat dan udara telah menerima vaksinasi lengkap dan bersedia untuk menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia, memberikan pengalaman perjalanan terbaik termasuk tawaran tempat duduk istimewa Premium Flatbed kami, serta mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ketat yang telah ditetapkan,” jelasnya.


Para tetamu boleh membuat tempahan perkhidmatan ke Korea Selatan dan India dengan menekan ikon ‘Flights’ pada aplikasi airasia Super App atau melalui laman web untuk tempoh perjalanan antara sekarang sehingga 30 Jun 2022.

Perkhidmatan tambahan bagi kedua-dua laluan ini akan diumumkan dalam masa terdekat.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd