Now Reading
“Proses Permintaan Refund Hampir Selesai” – AirAsia Aviation Group

“Proses Permintaan Refund Hampir Selesai” – AirAsia Aviation Group

Syarikat penerbangan AirAsia X dan Thai AirAsia X menjelaskan bakal membuat bayar balik dalam beberapa bulan akan datang.

AirAsia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Semua syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL) iaitu cabang penerbangan Capital A, hari ini (10 Jun) menegaskan komitmen mereka untuk menyelesaikan semua permintaan bayaran balik akibat pandemik secepat mungkin.

Syarikat penerbangan di bawah AAAGL telah menyelesaikan hampir 99% pertanyaan tetamu berkenaan bayaran balik dan akan berusaha untuk menyelesaikan baki 0.8% lagi dalam masa terdekat.

Selain itu, syarikat penerbangan jarak sederhana dan jarak jauh AirAsia X (AAX) dan Thai AirAsia X (TAAX) juga mempunyai rancangan yang kukuh untuk membuat bayaran balik kepada semua tetamu yang terkesan sejak dua tahun lalu berikutan Covid-19 dalam beberapa bulan akan datang.

Pada masa yang sama, kumpulan syarikat penerbangan itu menjelaskan akan terus komited memberikan perkhidmatan pelanggan yang terbaik melalui pelaksanaan pelbagai inovasi baharu serta teknologi digital terkemuka dalam industri yang akan meningkatkan tahap kepuasan pelanggan dalam masa terdekat.

AirAsia telah membuat bayaran balik kepada hampir semua pelanggan yang terjejas. AirAsia telah menjadikan perjalanan udara mampu milik untuk semua dan majoriti daripada tetamu kami telah bersetuju untuk menerima bayaran balik menerusi akaun kredit dan kami amat berterima kasih kepada mereka. Kini, sekatan perjalanan telah mula dilonggarkan secara berperingkat di beberapa pasaran utama kami dan kami melihat ramai tetamu kami telah memanfaatkan akaun kredit mereka untuk kembali terbang bersama kami.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

AAX & TAAX Adalah Entiti Berbeza

Tony juga berkata bahawa ramai yang masih keliru antara syarikat penerbangan di bawah AirAsia Aviation Group dan syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh AAX dan TAAX yang merupakan entiti berasingan.

BACA JUGA: 2 Juruterbang Digantung Tugas Lepas Pesawat Thai AirAsia Mendarat Di Landasan Salah

AAX berdepan dengan situasi lebih sukar berikutan penutupan sempadan antarabangsa, menyebabkan mereka tidak dapat beroperasi sepenuhnya serta terpaksa bergantung dengan aliran tunai yang terhad sepanjang tempoh itu. Walau bagaimanapun, kini mereka telah kembali beroperasi dan mula membuat bayaran balik kepada para tetamu yang terkesan menerusi baucar perjalanan bersamaan nilai tempahan dibuat.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes.

Jelasnya lagi, sebuah lagi syarikat penerbangan jarak sederhana dan jauh iaitu TAAX juga turut terkesan oleh pandemik ini dan mereka sedang bekerja keras untuk menyelesaikan semua hutang tertunggak kepada para tetamu melalui bayaran balik dan pemberian kredit.

Kami teruja untuk kembali terbang tinggi selepas dua tahun tidak beroperasi. Kami telah menyambung semula penerbangan ke Sydney, New Delhi dan Seoul baru-baru ini dan akan mengumumkan beberapa lagi laluan tambahan ke beberapa destinasi popular dan destinasi jarak jauh baharu, di mana kami yakin ia bakal mendapat sambutan menggalakkan. 

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail.

Benyamin turut menjelaskan di bawah terma skim penstrukturan semula hutang yang telah diluluskan oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini, mereka secara sah tidak dapat melakukan bayaran balik melalui tunai kepada para tetamu.

Walau bagaimanapun, AAX berbesar hati untuk menawarkan baucar perjalanan kepada tetamu yang boleh ditebus serta-merta.

Sumber: AirAsia

Baucar perjalanan ini juga sah selama lima tahun dan boleh digunakan untuk perjalanan masa hadapan ke mana-mana destinasi jarak sederhana dan jarak jauh yang akan diumumkan tidak lama lagi.

Jelasnya lagi, sehingga kini majoriti daripada semua tetamu yang terjejas telah menerima baucar perjalanan mereka (berjumlah lebih 155,000 tetamu) dan pihak mereka mensasarkan untuk menyelesaikan baki baucar perjalanan sebanyak 30% lagi dalam beberapa minggu akan datang.

Thai AirAsia X sedang memproses permintaan bayaran balik oleh para tetamu semasa pandemik Covid-19, selaras dengan pelan pemulihan dan penyambungan semula operasi secara berperingkat. Para tetamu dialu-alukan untuk menukar permintaan bayaran balik mereka kepada akaun kredit untuk membuat tempahan perjalanan pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Thai AirAsia X Patima Jeerapaet.

BACA JUGA: Hospital Ortopedik ALTY Kini Boleh Didapati Menerusi airasia Super App


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd