Tiket Tambahan Konsert Coldplay Di Singapura ‘Sold Out’ Lagi Hari Ini, 3 Oktober
Jualan tiket tambahan untuk konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Singapura yang dibuka pada hari ini (3 Oktober) telah habis dijual kurang dari dua jam.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
[DIKEMASKINI]
Jualan tiket tambahan untuk konsert Coldplay di Singapura yang dibuka pada hari ini (3 Oktober) pada jam 10:00 pagi difahamkan telah ‘sold out’ sekali lagi dalam tempoh kurang dari dua jam.
Orang ramai berpeluang untuk mendapatkan tiket berkenaan di laman web serta talian Ticketmaster.sg atau cawangan SingPost.
Jualan tersebut dibuka untuk keenam-enam tarikh konsert tersebut dan didapati sudah tiada lagi tiket yang masih ‘available’ untuk dibeli.

Jualan Tiket Tambahan Konsert Coldplay Di Singapura
Sebelum ini, Live Nation Singapore menerusi ciapan yang dimuat naik di laman X (Twitter @livenationsg) memaklumkan mereka telah membuka jualan tiket tambahan bagi konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Singapura.
Jualan tiket tersebut bermula pada hari ini (3 Oktober) jam 10:00 pagi di laman web Ticketmaster.sg. Tetapi jumlah tiket yang dijual adalah terhad sahaja.
Tiket jualan tambahan itu adalah untuk enam hari konsert iaitu pada 23, 24, 26, 27, 30 dan 31 Januari 2024.
Dalam pada itu, pihak Live Nation Singapore turut menasihati orang ramai supaya tidak membeli tiket daripada pihak ketiga atau ejen yang tidak sah bagi mengelakkan daripada ditipu.
NEW TICKET RELEASE: A limited number of tickets will be released for Coldplay’s Music Of The Spheres World Tour at the National Stadium on 3 October (Tues) at 10am. All tickets are first come, first served. pic.twitter.com/5NbmuoCrWT
— Live Nation SG (@livenationsg) October 2, 2023
Konsert Coldplay Selama 6 Hari Di Singapura Tarik Ramai Kehadiran Pelancong
Walaupun dilakukan selama enam hari dalam tarikh berdekatan, konsert Coldplay di Singapura mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari para peminatnya.
Penangan konsert tersebut selama enam hari juga telah menyumbang kepada kehadiran pelancong dari luar negara ke negara republik itu.
Menerusi data carian dari 18 sehingga 20 Jun 2023 melalui platform pelancongan digital Agoda, Singapura mencatatkan peningkatan dalam jumlah daftar masuk penginapan pada tarikh 23 sehingga 31 Januari 2024.
Kalau anda perasan, tarikh tersebut adalah sekitar tarikh konsert Coldplay.

Peningkatan sebanyak sembilan kali ganda itu didorong oleh beberapa negara seperti:
- Indonesia
- Malaysia
- Filipina
- Brunei
- Amerika Syarikat
- Thailand
- Sri Lanka
- Hong Kong
- China
- Australia
Naib Presiden Bersekutu Serantau Asia Tenggara di Agoda, Enric Casals berpendapat peminat tegar muzik akan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menonton persembahan artis kegemaran mereka.
Jadi kepada korang yang bercadang untuk bermalam di Singapura sempena konsert Coldplay, mungkin sudah boleh mula untuk mencari lokasi bersesuaian. Takut nanti banyak hotel atau tempat penginapan yang ‘fully booked’.
Artikel Berkaitan: Carian Hotel Di Singapura Catat Peningkatan 9 Kali Ganda Sekitar Tarikh Konsert Coldplay
Artikel Berkaitan: Coldplay Tambah Hari Ke-6 Di Singapura, Netizen Mula Beri Reaksi Kelakar
Artikel Berkaitan: Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar
Sumber: Twitter Live Nation Singapore | Mothership
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.