Now Reading
Carian Hotel Di Singapura Catat Peningkatan 9 Kali Ganda Sekitar Tarikh Konsert Coldplay

Carian Hotel Di Singapura Catat Peningkatan 9 Kali Ganda Sekitar Tarikh Konsert Coldplay

Peningkatan carian hotel di Singapura itu didorong oleh peminat Coldplay dari beberapa buah negara termasuklah Malaysia dan Indonesia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Jualan tiket untuk konsert Music of the Spheres World Tour oleh Coldplay di Singapura yang akan berlangsung selama enam hari di Stadium Nasional Singapura mendapat permintaan yang cukup mengagumkan.

‘Sold out’ ya untuk keenam-enam hari tersebut! Memang lain macam penangan dari peminat Coldplay.

Persembahan konsert Coldplay di negara jiran, Singapura itu bakal diadakan pada 23, 24, 26, 27 ,30 dan 31 Januari 2024.

BACA JUGA: Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Syed Saddiq Dakwa Malaysia Rugi Besar

BACA JUGA: Coldplay Music Of The Spheres: Singapura Dapat 6 Hari, Gais!


Agoda Catat Peningkatan Dalam Carian Hotel Di Singapura Sekitar Tarikh Konsert Coldplay

Penganjuran konsert Coldplay selama enam hari di Singapura telah menjadi tarikan pelancong luar Singapura untuk hadir ke negara tersebut. Apabila melancong ke sesebuah negara, mesti kita akan cari lokasi penginapan kan?

Menerusi data carian dari 18 sehingga 20 Jun 2023 melalui platform pelancongan digital Agoda, Singapura mencatatkan peningkatan dalam jumlah daftar masuk penginapan pada tarikh 23 sehingga 31 Januari 2024.

Kalau anda perasan, tarikh tersebut adalah sekitar tarikh konsert Coldplay.

Sumber: The Jakarta Post

Peningkatan sebanyak sembilan kali ganda itu didorong oleh beberapa negara jiran seperti:

  • Indonesia
  • Malaysia
  • Filipina
  • Brunei
  • Amerika Syarikat
  • Thailand
  • Sri Lanka
  • Hong Kong
  • China
  • Australia

Naib Presiden Bersekutu Serantau Asia Tenggara di Agoda, Enric Casals berpendapat peminat tegar muzik akan sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menonton persembahan artis kegemaran mereka.

Muzik mencetuskan inspirasi dan keterujaan yang hebat, dan peminat muzik tegar sesungguhnya sangat luar biasa kerana mereka sanggup melakukan perjalanan yang jauh demi menyaksikan aksi artis kegemaran mereka secara langsung.

Naib Presiden Bersekutu Serantau Asia Tenggara di Agoda, Enric Casals
Sumber: Agoda

Tambahnya lagi, peningkatan dalam tempahan penginapan menjadi bukti bahawa pengalaman muzik secara ‘live’ sememangnya boleh menjadi faktor utama seseorang untuk merancang perjalanan mereka ke sesebuah negara.

Kepada anda yang bercadang untuk menginap beberapa hari di Singapura sempena konsert Coldplay, mungkin anda sudah boleh mula mencari lokasi penginapan yang sesuai.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd