Now Reading
“Good Idea Let’s Do It” – Syamsul Yusof Ajak Maya Karin Berlakon Watak Mahsuri

“Good Idea Let’s Do It” – Syamsul Yusof Ajak Maya Karin Berlakon Watak Mahsuri

Namun begitu, orang ramai turut mempersoalkan pilihan Maya Karin yang ingin Syamsul Yusof mengarah filem Mahsuri.

Syamsul Yusof Ajak Maya Karin Berlakon Watak Mahsuri

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Sejak hari pertama tayangan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di panggung wayang, memang sentiasa penuh dari tempat duduk belakang sehinggalah yang paling hadapan.

Memang hebat betul penangan filem arahan Syamsul Yusof ini.

BACA JUGA: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Raih RM11 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Menerusi laporan Harian Metro, Syamsul juga dikatakan mahu bekerjasama dengan anak Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin bagi meneruskan semula projek filem Pasir Salak – King Of The River yang sudah lama tergendala.

Syamsul Yusof ‘setuju’ tawar Maya Karin jadi watak Mahsuri

Menerusi laman Instagram Syamsul (@syamsulyusoffilm), pengarah filem ini memberi respon positif selepas melihat akhbar memaklumkan hasrat seorang pelakon terkenal iaitu Maya Karin yang ingin memegang watak Mahsuri menerusi filem arahan Syamsul Yusof.

Kapsyen hantaran dimuat naik itu seolah-olah menunjukkan Syamsul ‘bersetuju’ dengan tawaran Maya Karin.

Susulan itu, Maya pula dilihat memuat naik ciapan di Twitter miliknya (@maya_karin) dengan meluahkan bahawa impiannya bakal menjadi kenyataan dan turut meminta pendapat orang ramai tentang perkara tersebut.

Orang ramai beri pendapat berbeza-beza

Ciapan dimuat naik oleh Maya di laman Twitter miliknya itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada yang memberi pendapat bahawa Syamsul Yusof mungkin tidak sesuai untuk mengarah filem Mahsuri.

Dalam pada itu, ada juga yang turut meluahkan rasa gembira sekiranya pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini memegang watak Mahsuri, tetapi bukan di bawah arahan Syamsul Yusof.

Walaupun ada yang menentang jika pengarah filem Mat Kilau mengarah filem Mahsuri, masih ramai merasakan Syamsul adalah individu yang paling layak memandangkan filem beliau telah berjaya memecah rekod di Malaysia.

BACA JUGA: Mat Kilau Raih RM71 Juta, Kalahkan Filem Hollywood Di Pawagam Malaysia


Legenda Sumpahan Mahsuri

Di Langkawi, legenda tentang Sumpahan Mahsuri memang sangat popular.

Kisah Mahsuri ini dipercayai berlaku ketika penghujung abad ke-19 selepas kemahsyuran dimiliki wanita ini dicemburui sehingga menyebabkan dia difitnah telah menduakan suaminya.

Berikutan fitnah yang mula tersebar itu, Mahsuri diikat pada sebatang pokok dan diseksa sehingga tidak bermaya sebelum ditikam.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri melafazkan kata-kata yang dianggap sumpahan dan diingati sepanjang zaman.

BACA JUGA: “Langkawi Disumpah 7 Keturunan” – Generasi Ketujuh Mahsuri Jejak Kaki Ke Pulau Itu


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd