Now Reading
Mat Kilau Raih RM71 Juta, Kalahkan Filem Hollywood Di Pawagam Malaysia

Mat Kilau Raih RM71 Juta, Kalahkan Filem Hollywood Di Pawagam Malaysia

Filem Mat Kilau turut memecah rekod filem paling laris di Malaysia iaitu Munafik 2 pada tahun 2018 dengan jumlah kutipan sebanyak RM48 juta.

syamsul yusof mat kilau RM71 juta

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak hari pertama ditayangkan, tempahan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di panggung wayang memang sentiasa penuh dari tempat duduk belakang sehinggalah yang paling hadapan. Memang hebat betul penangan filem arahan Syamsul Yusof ini.

Filem berkisahkan tentang sejarah perjuangan pahlawan Melayu iaitu Mat Kilau dilakonkan oleh Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi penggiat seni tempatan yang lain.

Terdahulu, filem terbitan Studio Kembara merekodkan jumlah kutipan sebanyak RM11 juta dalam tempoh empat hari tayangan sejak 23 Jun 2022.

BACA JUGA: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Raih RM11 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Filem Mat Kilau kini cecah RM71 juta

Kurang dari sebulan tempoh filem ini ditayangkan, filem Mat Kilau terus menjadi fenomena sehingga kini apabila dilaporkan berjaya mencapai kutipan sebanyak RM71 juta setakat semalam (11 Julai).

Memetik laporan Harian Metro, jumlah kutipan tersebut bukan sahaja di Malaysia, malah warga Singapura dan Brunei turut memberikan sokongan terhadap filem berkenaan sehingga membuatkan Syamsul sendiri terkedu.

Saya bersyukur sangat dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh semua penonton. Saya hilang kata-kata. Saya nak mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton di Malaysia, Singapura dan Brunei yang sentiasa memberikan sokongan kepada filem saya.

Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof.
Sumber: Instagram/syamsulyusoffilm

Selain mendapat sokongan daripada masyarakat tempatan, filem Mat Kilau juga dibicarakan oleh golongan intelektual seperti doktor dan pensyarah universiti. Malah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah juga bertitah agar rakyat menonton filem ini.

Saya bersyukur apabila ramai golongan yang membincangkan tentang filem ini termasuklah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. Baginda bertitah kepada rakyat untuk menonton filem Mat Kilau ini dan mengambil manfaat serta mengembalikan jati diri kaum Melayu.

Pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof.

BACA JUGA: Mat Kilau: Kisah Seorang Pejuang & Bangsawan Yang Hampir Bergelar Tan Sari

Jumlah kutipan lepasi sasaran dan kalahkan filem Hollywood

Jumlah kutipan yang berjaya diraih ini telah melepasi jangkaan Syamsul iaitu RM61 juta dalam tempoh 17 hari tayangan pada 9 Julai lalu.

Pada masa yang sama, filem Mat Kilau turut memecah rekod filem paling laris di Malaysia iaitu Munafik 2 pada tahun 2018 dengan jumlah kutipan sebanyak RM48 juta.

Menurut laporan Malaysiakini, jumlah kutipan filem Mat Kilau juga berjaya mengalahkan filem-filem antarabangsa dalam carta All Time International Malaysia Box Office yang ditayangkan di pawagam Malaysia.

Filem-filem tersebut adalah:

  • Star Wars
  • The Avengers
  • Jurassic World
  • Black Panther
  • Fast And Furious 7
  • Spiderman
  • Transformers

Sebenarnya filem tempatan boleh menempa kejayaan sama seperti filem antarabangsa yang lain dengan adanya sokongan padu dari masyarakat. Kalau bukan kita yang berikan semangat kepada penggiat seni tanah air, siapa lagi kan?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd