Now Reading
“Langkawi Disumpah 7 Keturunan” – Generasi Ketujuh Mahsuri Jejak Kaki Ke Pulau Itu

“Langkawi Disumpah 7 Keturunan” – Generasi Ketujuh Mahsuri Jejak Kaki Ke Pulau Itu

Wan Aishah yang merupakan keturunan ketujuh Mahsuri telah datang ke Langkawi bersama suami dan anak lelakinya untuk bercuti.

Wan Aishah, keturunan ketujuh Mahsuri datang Langkawi

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Selain dikenali sebagai pulau kegemaran orang ramai untuk bercuti, Langkawi juga sinonim dengan satu kisah legenda iaitu tentang Sumpahan Mahsuri.

Kisah Mahsuri ini dipercayai berlaku ketika penghujung abad ke-19 selepas kemahsyuran dimiliki wanita ini dicemburui sehingga menyebabkan dia difitnah telah menduakan suaminya.

Berikutan fitnah yang mula tersebar itu, Mahsuri diikat pada sebatang pokok dan diseksa sehingga tidak bermaya sebelum ditikam.

Sumpahan Mahsuri

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Mahsuri melafazkan kata-kata yang dianggap sumpahan dan diingati sepanjang zaman.

Aku redha matiku jika benar aku bersalah, tetapi jika aku dianiaya maka aku haramkan darahku mengalir di bumi ini. Aku bersumpah, bumi Langkawi tidak akan aman dan menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Sumpahan Mahsuri sebelum dia meninggal dunia akibat ditikam.
Makam Mahsuri. (Sumber: Iluminasi)

Keturunan ketujuh Mahsuri kembali menjejakkan kaki ke Langkawi

Kehadiran Wan Aishah atau nama Thailand miliknya Sirintra Yayee atau Nong May berusia 37 tahun yang dikatakan waris generasi ketujuh Mahsuri ke Pulau Langkawi bersama keluarganya telah mengujakan orang ramai.

Memetik laporan Utusan, Wan Aishah telah datang ke Langkawi bersama suaminya Alee Tongyan serta anak lelaki mereka untuk bercuti.

Sumber: YouTube Underwater World Langkawi

Malah, Wan Aishah juga menceritakan dia sudah beberapa kali datang ke Langkawi bersama keluarganya dan pertama kali menjejakkan kaki di pulau tersebut pada tahun 2000 sempena ulang tahun ke-10 Lembaga Pembangunan Langkawi.

Sejak daripada itu, nama Wan Aishah mula dikenali serta kecantikannya juga dikagumi ramai.

Sumber: Facebook/Mior Johan

Percutian Wan Aishah ke Langkawi jadi perhatian ramai

Kedatangan Wan Aishah ini mula tular selepas beberapa video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok Mior Johan Johari (Mior Johan) yang juga merupakan pemilik Restoran Bamboo Chenang serta mempunyai hubungan rapat dengan Wan Aishah sekeluarga.

https://www.tiktok.com/@miorjohan/video/7126452856370040090?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
@miorjohan

Balas kepada @kereptletll keluarga kecil yg bahagia..#7genofmahsuri #mahsuri #wanaishah #lagendamahsuri #history @ceo_bamboo_cenang

♬ Ya Allah – Wali

Pasa masa sama, ramai yang terpegun dan memuji kecantikan Wan Aishah.

Munculnya kembali generasi ketujuh Mahsuri di Pulau Langkawi menandakan sumpahan yang dilafazkan oleh Mahsuri sebelum ini telah tamat.

Tidak dinafikan memang cantik betul Wan Aishah. Kalau generasi ketujuh pun secantik ini, tak terbayang pula bagaimana rupa wajah Mahsuri yang sebenar.

BACA JUGA: Jom Explore 10 Tempat Best Di Pulau Langkawi. #2 Paling Wajib Pergi!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: FacebookTwitter, and Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd