Filem Mat Kilau Kini Boleh Ditonton Di Netflix Mulai 16 September Ini
Tayangan filem Mat Kilau di Netflix pada 16 September dimaklumkan oleh syarikat berkenaan menerusi satu video yang dimuat naik di laman YouTube Netfflix Asia.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!
Dinobatkan sebagai filem paling laris di Malaysia, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof telah mendapat kutipan mencecah RM90 juta dalam tempoh dua bulan ditayangkan di panggung wayang.
Dalam pada itu, filem Mat Kilau juga berjaya mengalahkan filem-filem antarabangsa dalam carta All Time International Malaysia Box Office yang ditayangkan di pawagam Malaysia seperti The Avengers, Black Panther dan Star Wars.
BACA JUGA: Mat Kilau Raih RM71 Juta, Kalahkan Filem Hollywood Di Pawagam Malaysia
Netflix bakal tayangkan filem Mat Kilau mulai 16 September
Filem terbitan Kembara Studio dengan modal RM8 juta ini mencipta fenomena baru dalam masyarakat sehingga mendapat perhatian syarikat penerbitan dan perkhidmatan penstriman iaitu Netflix.
Memetik laporan Sinar Harian, Syamsul mendedahkan bahawa pihak Netflix bercadang untuk membeli filem tersebut dengan harga RM7 juta.

Kepada anda yang tidak berkesempatan untuk melihat filem Mat Kilau di pawagam, jangan risau kerana filem tersebut bakal ditayangkan di Netflix mulai 16 September ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Netflix menerusi satu video dimuat naik di laman YouTube mereka (Netflix Asia).

Kebetulan pula 16 September merupakan hari peristiwa bersejarah apabila tarikh tersebut merupakan sambutan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun bagi memperingati penubuhan Malaysia hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Memang ‘ngam’ tayangan Mat Kilau di Netflix keluar pada Hari Malaysia, dapatlah kita sama-sama memupuk rasa cinta terhadap negara Malaysia sambil menghayati sejarah dalam filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
BACA JUGA: Mat Kilau: Kisah Seorang Pejuang & Bangsawan Yang Hampir Bergelar Tan Sri
Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRP: Facebook, Twitter, and Instagram.