Now Reading
Ini 7 Filem & Rancangan Yang Akan Ditayangkan Februari 2024

Ini 7 Filem & Rancangan Yang Akan Ditayangkan Februari 2024

Antara filem dan rancangan yang akan ditayangkan di beberapa platform penstriman adalah Tiger Stripes, La Luna, dan Avatar: The Last Airbender.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tak tahu nak tonton filem apa bulan Februari ini? Ada banyak filem dan rancangan dari pelbagai genre yang akan ditayangkan bermula bulan ini di beberapa platform penstriman.

Bersedia untuk masukkan semuanya dalam senarai ‘Watch List’ anda okey?

Antaranya:

#1. La Luna | Netflix | 9 Februari

Drama komedi Singapura-Malaysia berjudul La Luna ini mempunyai latar tempat di sebuah perkampungan kecil bernama Kampong Bras Basah. Untuk pengetahuan anda, kesemua babak dalam filem ini dilakukan di Kuala Kangsar, Perak.

Keadaan kampung ini menjadi semakin menarik selepas kehadiran watak Hanie yang dilakonkan oleh Sharifah Amani telah membuka sebuah kedai pakaian dalam wanita bernama La Luna.

Walaupun perniagaan tersebut mendapat sambutan ramai, namun, ketua kampung kurang senang dengan perkara itu dan mencuba pelbagai cara untuk merosakan bisnes berkenaan.

Filem ini merupakan arahan pengarah dari Singapura iaitu M. Raihan dan dilakonkan oleh Sharifah Amani (Sepet, Muallaf) yang memegang watak pemilik perniagaan La Luna bernama Hanie, Shaheizy Sam (Malbatt: Misi Bakara) yang berlakon sebagai seorang polis dan bapa tunggal bernama Salihin serta Wan Hanafi Su yang memegang watak ketua kampung.

Pelakon lain ialah Namron (Crossroads: One Two Jaga), Hisyam Hamid (Revenge of the Pontianak), Nadiya Nisaa (Sa Balik Baju), Farah Ahmad (Frontliner), dan Iedil Dzuhrie Alaudin (The Assistant).

Sementara itu, pelakon remaja yang sedang meningkat naik iaitu Syumaila Salihin (Mentega Terbang) dan Wafiy Ilhan (Warkah) juga muncul dalam filem ini.

Kepada anda yang teruja untuk menonton filem ini, jangan lupa untuk saksikannya di Netflix mulai 9 Februari.

#2. Wedding Stone | TVS TV | 14 Februari

Wedding Stone adalah sebuah drama romantik Sarawak yang akan ditayangkan pada Hari Valentine. Walaupun tak banyak lagi plot drama ini yang didedahkan, tetapi trailer sahaja sudah cukup untuk memberikan gambaran tentang kisah pahit manis yang dilalui oleh pasangan ini

Wedding Stone adalah siri TVS Original yang akan ditayangkan di TVS Saluran 122, MYTV, Unifi TV dan Astro pada 14 Februari.

#3. Tiger Stripes | Netflix | 15 February

Tiger Stripes adalah filem tempatan yang ditulis serta diarah oleh Amanda Nell Eu dalam penampilan sulungnya sebagai seorang pengarah.

Zafreen Zairizal memainkan watak Zaffan berusia 11 tahun yang mula mengalami perubahan fizikal mengerikan pada tubuh badannya. Dia cuba untuk menyembunyikan perubahan yang berlaku tetapi akhirnya terbongkar juga.

Apabila beberapa perkara menakutkan berlaku di sekolah, Pegawai Perubatan yang melawat sekolah kemudiannya melantik dirinya sebagai pengarah dan mendapati bahawa masalah yang berlaku mungkin berpunca daripada Zaffan.

Tiger Stripes sebelum ini telah memenangi Hadiah Utama Minggu Pengkritik di Festival Filem Cannes 2023 pada 17 Mei 2023 dan turut dipilih sebagai penyertaan mewakili Malaysia untuk Filem Cereka Antarabangsa Terbaik di Anugerah Akademi ke-96.

Walau bagaimanapun, filem itu yang ditayangkan di Malaysia telah ditapis dan pengarahnya telah menafikan versi selepas ditapis itu

Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton filem ini yang bakal ditayangkan di Netflix pada 15 Februari.

#4. House of Ninjas | Netflix | 15 Februari

Selepas gagal dalam misi, keluarga Tawara yang merupakan klan ninja terakhir mengambil keputusan untuk bersara dan menjalani kehidupan normal.

Pada mulanya, budaya seperti masyarakat normal agak kekok bagi mereka tetapi usaha masih tetap diteruskan untuk menjalani kehidupan biasa seperti orang lain.

Namun apabila Jepun diancam dengan racun misteri, keluarga tersebut diminta untuk menggunakan pedang mereka sekali lagi bagi melindungi orang ramai.

Siri ini dibintangi oleh Kento Kaku sebagai Haru, Yosuke Eguchi sebagai Souichi, Tae Kimura sebagai Yoko, Aju Makita sebagai Nagi, Kengo Kora sebagai Gaku, dan Nobuko Miyamoto sebagai Taki.

House on Ninjas akan mula ditayangkan di Netflix pada 15 Februari ini.

#5. This Is Me.. Now: A Love Story | Amazon Prime | 16 February

Bila sebut nama Jennifer Lopez, mesti ramai yang mengenali pelakon ini sebagai aktres dalam filem romantik.

Namun dalam projek filem terbaharunya ini, beliau tampil lebih berbeza dari kerana membawa akan unsur biopik, muzik video, drama romantik, dokumentari intim, muzikal dan banyak lagi.

Filem ‘This Is Me.. Now: A Love Story’ akan membawa anda mendalami pengalamannya dalam mencintai sesuatu perkara melalui matanya sendiri.

Kalau nak tahu lebih lanjut, anda kena tonton di Amazon Prime pada 16 Februari ini.

#6. Constellation | Apple TV+ | 21 Februari

Sebuah siri Original Apple TV+ berjudul Constellation adalah rancangan dengan genre thriller psikologi berasaskan konspirasi dengan lapan bahagian.

Siri ini dibintangi oleh Noomi Rapace sebagai Jo iaitu seorang angkasawan yang kembali ke Bumi selepas melalui satu misi yang membahayakan di angkasa lepas.

Namun ketika dia pulang ke rumah, kediamannya tidak seperti sebelum ini kerana Jo telah banyak berhalusinasi dan kehilangan orang tersayang.

Drama ini yang penuh dengan aksi akan merungkai sisi gelap dalam psikologi manusia dan cuba untuk mendedahkan kebenaran tentang sejarah tersembunyi sewaktu berada di angkasa lepas.

Constellation turut dibintangi oleh calon Emmy Award iaitu Jonathan Banks dan rancangan tersebut bakal ditayangkan di Apple TV+ pada 21 Februari dengan tiga episod pertama, diikuti dengan tayangan mingguan pada setiap hari Rabu.

#7. Avatar: The Last Airbender | Netflix | 22 February

Kalau anda pernah tonton Avatar: The Last Airbender versi animasi, pastinya siri ‘live action’ ini sangat ditunggu-tunggu.

Walau bagaimanapun, sesetengah peminat meluahkan rasa bimbang jika rancangan ini tidak sama seperti animasinya sebelum ini.

Tetapi jangan risau, plot utama Avatar: The Last Airbender versi ‘live action’ ini masih sama iaitu mengisahkan tentang kanak-kanak lelaki bernama Avatar yang mempelajari cara untuk menguasai empat unsur bagi menyelamatkan dunia dari ancaman bahaya.

Gordon Cormier di dalam rancangan ini aka memegang watak sebagai Aang, Kiawentiio sebagai Katara, Ian Ousley sebagai Sokka, Dallas Liu sebagai Zuko, Daniel Dae Kim sebagai Fire Lord Ozai, Paul Sun-Hyung Lee sebagai Uncle Iroh, Elizabeth Yu sebagai Azula.

Jangan lupa untuk menonton Avatar: The Last Airbender di Netflix pada 22 Februari.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd