“Waktu Terbaik Untuk Hasilkan Filem Tempatan” – Pengarah La Luna
Pengarah, Raihan Halim menyifatkan La Luna sebuah filem unik kerana kisah yang tidak pernah ditampilkan dalam filem tempatan lain sebelum ini.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pengarah filem terbaru La Luna, M. Raihan Halim berpendapat bahawa sekarang merupakan saat terbaik untuk menyerlahkan filem tempatan.
Raihan Halim, 41, percaya bahawa kebangkitan semula pawagam Malaysia baru-baru ini telah sekaligus mendorong kepada kejayaan penerbitan filem La Luna di peringkat antarabangsa.
Semasa temu bual bersama Variety, Raihan dikatakan tersentuh semasa menceritakan keunikan filemnya itu. Jelasnya, La Luna mempunyai jalan cerita agak berbeza dibandingkan dengan filem tempatan yang lain.
“Kami teringin untuk menghasilkan sebuah filem menceritakan tentang kisah yang tidak pernah ditampilkan sebelum ini iaitu dari segi seks dalam agama Islam. Ia juga jarang didengari orang ramai.
“Ramai orang bertanya kepada saya mengapa saya mahu membuat ‘lawak seks’. Ia bukan komedi seks tetapi filem tentang keintiman. Terdapat babak ‘nakal’ diikuti dengan adegan watak memakai serban yang membincangkan perihal agama. Sketsa ini tidak pernah ditampilkan sebelum ini,” kata pengarah itu.

Raihan Tak Sangka La Luna Terima Sambutan Hangat
Tambah Raihan, kejayaan yang diperoleh ketika ini tidak mungkin dapat dicapai jika filem berkenaan diterbitkan pada lima tahun lalu. Sementara itu, dia turut berkongsi tentang kejayaan dimiliki pengarah Malaysia, Amanda Nell Eu selepas menerbitkan filem Tiger Stripes.
Baca Artikel Berkaitan: “Tiger Stripes” Filem Malaysia Pertama Menang Hadiah Utama Di Cannes Critics’ Week
“Saya dan Amanda mempunyai pengarah seni yang sama dan berkongsi ahli kru. Kami menjadi seorang pembuat filem pada waktu sama, tetapi telah menerbitkan filem yang berbeza. Saya rasa sekarang adalah waktu paling sesuai untuk menghasilkan filem berbahasa Melayu di Malaysia,” ujarnya.

Raihan Percaya Filem Tempatan Boleh Berkembang
Raihan berkata, pembuat filem tempatan perlu mula berfikir dengan lebih meluas tentang kebolehan dan bakat mereka dalam industri tersebut.
Melihat kepada prestasi La Luna yang disambut baik di peringkat tempatan dan luar negara, Raihan berpendapat bahawa pembuat filem Malaysia perlu mula menyasarkan penonton antarabangsa.
“Saya tidak pernah bermimpi saya akan menayangkan filem di festival antarabangsa, bercakap tentang kerja dan budaya kepada akhbar serta penonton di seluruh dunia.
“Melancong, bercakap dengan orang yang berbeza dan belajar tentang perspektif lain dapat mendidik kita selain menunjukkan bahawa dunia tidaklah sekecil Malaysia atau Singapura. Ia juga dapat memberi kesedaran kepada pengarah bagi menghasilkan filem bertaraf dunia dan bukan hanya untuk negara kita,” jelas pengarah itu.
Kisah Filem La Luna
Filem terbaru La Luna mengisahkan tentang seorang wanita bernama Hanie Abdullah (lakonan Sharifah Amani) yang mengambil keputusan untuk membuka sebuah kedai pakaian dalam di tempat tinggalnya.
Untuk info, Hanie tinggal dalam sebuah kawasan kampung sunyi dan dihuni oleh penduduk yang ‘malas’ iaitu di Kampong Bras Basah.

Kedai pakaian itu bukan sahaja mengajar wanita tempatan tentang seksualiti, malah dapat membantu mereka yang sedang bergelut dengan suami dan bapa kerana terlalu mengongkong kehidupan.
Walaupun kebanyakan penduduk kampung terbuka dengan idea tersebut, namun ia telah ditentang hebat oleh ketua kampung (lakonan Wan Hanafi Su), yang berniat untuk menjatuhkan bisnes milik Hanie.
Plot cerita filem tersebut bertambah menarik apabila Hanie bertemu dengan seorang pegawai polis duda (lakonan Shaheizy Sam) yang mempunyai seorang anak perempuan remaja.
Baca Artikel Berkaitan: Filem Malaysia ‘Abang Adik’ Raih Pengiktirafan Peringkat Global. Tahniah!
Baca Artikel Berkaitan: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Raih RM11 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram