Mat Kilau: Kisah Seorang Pejuang & Bangsawan Yang Hampir Bergelar Tan Sari
Mat Kilau dilaporkan meninggal dunia pada usia 122 tahun ketika 10 Ogos 1970 kerana jatuh sakit.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Mat Kilau diiktiraf sebagai salah seorang pahlawan Melayu yang berani menentang penjajahan British di Pahang pada akhir abad ke-19.
Beliau berjuang bersama bapanya, Tok Gajah (Imam Rasu) dan pahlawan Pahang yang lain seperti Datuk Bahaman dan Mat Kelubi.
Salah satu sebab utama mereka menentang penjajahan British di Pahang adalah kerana campur tangan British dalam pemerintahan kerajaan.
Mat Kilau merupakan anak jati Kampung Pulau Tawar di Jerantut, Pahang yang dilahirkan sekitar tahun 1848.
Beliau dan pengikutnya telah beberapa kali berperang dengan tentera British serta Siam di sekitar negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Ada sebab mengapa Mat Kilau memberontak
Perjuangan mereka bermula sekitar tahun 1890-an ketika masyarakat Pahang memberontak apabila British mengambil alih tugas mengutip cukai dan hasil daripada ketua negara yang dilantik.
Ekoran daripada kejadian itu, British mengisytiharkan perang ke atas beberapa bangsawan Pahang dan mengarahkan mereka untuk ditangkap dan dihukum.
Namun, Mat Kilau serta beberapa pemimpin lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat nasionalisme menentang British di Kelantan dan Terengganu.
Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh terkenal di kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu Tokku Paloh, Abdul Rahman Limbong dan Hassan Munas (Tok Janggut) di Kelantan.
suprised if you know this but the likes of rosli dhobi, tok janggut and mat kilau back then are considered as penderhaka . Tok jangguts body was even paraded to scare the malays . The sultan of kelantan then was told by the British to give the title penderhaka to tok janggut . https://t.co/xaMCg9Z7Lz
— OK (@oojiley) June 26, 2022
Sekitar tahun 1895, beliau dilaporkan hilang dan didakwa dibunuh di sempadan Kelantan-Siam. Jenazahnya telah dikuburkan di Kampung Bunut Payung, Kota Bharu, Kelantan.

Seluruh negara terkejut
Pada 26 Disember 1969, negara dikejutkan dengan penampilan seorang lelaki yang lebih tua dengan memperkenalkan dirinya sebagai Mat Kilau di sebuah masjid di Kampung Pulau Tawar selepas solat Jumaat.
Sebelum itu, lelaki berkenaan dikenali oleh penduduk kampung sebagai Mat Siam.
Selain menggunakan nama Muhammad Ibrahim, beliau juga digelar sebagai Mat Dahan, Mat Dadu, Mat Teoh dan Din.

Berita itu tersebar dengan pantas ke seluruh negara menerusi akhbar dan mendapat perhatian banyak pihak termasuklah kerajaan pusat serta negeri Pahang.
Menteri Besar Pahang ketika itu Tan Sri Yahya Mohd Seth dan rombongannya melawat lelaki berkenaan di rumahnya.
==Thread==
— James Regaz (@JamesRegaz) November 20, 2021
Sejarah Mat Kilau Dan Kalimah “YA LATIF" Di Jata Negeri Pahang
Ketika Mat Kilau ditemui oleh menteri besar Pahang iaitu Tan Sri Yahya Mohd. Seth, beliau beratib, “Ya Latif, Ya Latif, Ya Latif”. pic.twitter.com/b9DlPKGlnV
Berikutan isu tersebut, kerajaan Pahang telah membentuk jawatankuasa siasatan pada awal Januari 1970 yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Ahmad dengan perkenan Sultan Pahang ketika itu.

Ahli jawatankuasa tersebut terdiri daripada Ibrahim Arshad, Abdul Razak Hitam, Kapten Mohd. Ali Muhammad, Zakaria Hitam dan Asaari Yaacob.
Namun selepas beberapa hari mesyuarat pertama jawatankuasa itu, keadaan kesihatan Mat Kilau tiba-tiba merosot dan mengakibatkan dirinya suka untuk bercakap dan bergerak.
Perkara itu dikatakan berlaku kerana Mat Kilau telah melanggar sumpah yang dibuat bersama rakan seperjuangannya untuk tidak mendedahkan identiti serta kisah mereka kepada khalayak ramai.
Jawatankuasa tersebut terpaksa menggunakan kaedah lain bagi melakukan siasatan iaitu dengan merujuk kepada rekod dan akhbar penjajah.
Selain itu, mereka juga merujuk kepada keterangan rakan-rakan Mat Kilau yang masih hidup, memandangkan agak terhad untuk mereka mendapatkan maklumat daripada Mat Kilau.
Usaha berkenaan turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Muzium Negara, Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka, kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.
Beberapa orang sarjana dari Universiti Malaya seperti Profesor Mohd Taib Osman (Jabatan Pengajian Alam Melayu), Profesor Khoo Kay Kim (Jabatan Sejarah) dan Profesor Tan Eng Siong (Jabatan Perubatan Psikiatri) turut membantu.
Prof Khoo Kay Kim kata, British kata Mat Kilau mati di Siam. Sebab British kata lah kita kena "percaya bulat-bulat". #sejarah.
— A.M.AR (@shamsulamar) September 2, 2013
Percaya apa yang dilihat
Pada mulanya, kebanyakan sarjana dan sejarawan tempatan meragui dakwaan Mat Siam kerana tiada bukti konkrit.
Walau bagaimanapun, mereka tidak menolak dakwaan tersebut. Prof Syed Hussein Alatas mencadangkan supaya individu itu dianugerahkan pangkat Tan Sri jika siasatan jawatankuasa mengesahkan bahawa dia adalah Mat Kilau.
The saddest part is, 10 days after kerajaan verified that the person is Mat Kilau, he died. Kerajaan tak sempat nak bagi title Tan Sri.
— Afiq Shari 🇲🇾 (@AfiqShari) October 12, 2017
Anugerah tersebut adalah pengiktirafan atas jasa cemerlang beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Tetapi bagaimana pula dengan laporan pegawai dan akhbar penjajah pada tahun 1895 yang melaporkan bahawa Mat Kilau telah dibunuh dan dikebumikan di Bunut Payung, Kelantan?
Jawatankuasa itu menyatakan Mat Siam sebelum ini memberitahu ahli keluarga terdekatnya bahawa beliau telah ditangkap dan dipukul oleh tentera Siam sehingga pengsan tetapi tidak mati.
Jenazahnya telah diserahkan kepada Sultan Kelantan ketika itu untuk urusan pengebumian tetapi Mat Kilau masih belum meninggal dunia selepas dia sedarkan diri.

Wira yang mengembara
Sejak itu, Mat Kilau merayau-rayau sekitar Pahang, Kelantan dan Terengganu untuk menyembunyikan identiti sebenar.
Beliau juga menggunakan pelbagai nama panggilan kerana takut diburu oleh pihak British. Rumah terakhir beliau adalah di Batu Lima, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang.
Semasa membuat kad pengenalan pada tahun 1948, beliau mendaftarkan dirinya sebagai Muhammad Ibrahim dengan nombor kad pengenalan 2044778.
Teh Ibrahim adalah salah seorang adik-beradiknya yang turut berjuang bersama dan masih tidak jelas sehingga kini mengapa dia menggunakan nama samaran adiknya.
Selama lebih 70 tahun menyamar, beliau melakukan beberapa pekerjaan dan hanya saudara terdekat, kenalan rapat dan pelajar silatnya sahaja yang mengetahui identiti sebenar Mat Kilau.
Seperti lagenda seni bela diri Cina Ip Man, Mat Kilau juga mengajar silat.
BACA JUGA: Malaysia’s Version Of Ip Man, ‘Mat Kilau’ Criticized For Not Being Malay Enough
So basically, Mat Kilau movie is the Ip Man malay version.
— Asyraf Amir (@asyrafamirfr) June 26, 2022
Okay.
Dia juga pernah bekerja sebagai pemungut getah dan di jabatan ukur.
Mat Kilau mengarahkan pelajar-pelajar silatnya bersumpah bahawa mereka tidak akan mendedahkan identiti sebenar beliau sehingga beliau meninggal dunia.
Kebenaran terbongkar
Berita itu turut menarik perhatian beberapa menteri seperti Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Tun Abdul Ghaffar Baba ketika itu yang datang sendiri ke rumah Mat Kilau di Kuantan dan berbual dengannya.
Tiga bukti paling penting adalah pengesahan daripada tiga rakan seperjuangan Mat Kilau yang pernah sama-sama berjuang dengannya sebelum ini.
Mereka adalah Mat Saman Sulaiman atau nama panggilannya Mat Kelantan dari Kelantan (152 tahun), Raja Ibrahim Tan Kechik atau gelarannya Pak Yim yang juga berasal dari Kelantan (120 tahun) dan Mek Munah Salleh dari Terengganu (97tahun).
Selepas disahkan pada jam 10.30 pagi 6 Ogos 1970, Mat Siam telah disahkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar.

Empat hari selepas pengumuman tersebut, Mat Kilau meninggal dunia pada usia 122 tahun kerana sakit.
Sehingga hari ini, Mat Kilau dilihat sebagai seorang wira negara serta dihormati kerana kesetiaan dan keberanian yang tidak berbelah bahagi.

Beliau telah dilihat sebagi wira keberanian dan kesetiaan dalam budaya Melayu kerana selepas perjuangannya menentang British dan menjadikan kesultanan kembali utuh.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.