Now Reading
“Jackie Chan Malaysia” – Lelaki Terbalik Atas Kereta Semasa Lakonan Lagak Ngeri Buat Ramai Terkesima

“Jackie Chan Malaysia” – Lelaki Terbalik Atas Kereta Semasa Lakonan Lagak Ngeri Buat Ramai Terkesima

Seorang pelagak aksi ngeri telah menunjukan klip video di sebalik takbir lakonan yang menunjukkan dia menterbalikkan dirinya atas sebuah kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, Malaysia telah mula berkembang dan mempunyai ramai pelakon yang membuat aksi lagak ngeri setanding dengan produksi di Hollywood.

Antara pelakon terkenal yang membuat aksi lagak ngeri adalah seperti Hairul Azreen yang telah membintangi filem PASKAL, Wira dan banyak lagi.

Namun baru-baru ini, semakin ramai pula pelagak aksi ngeri dalam negara yang dilihat mula menceburi bidang tersebut.


Stuntman Terbang Daripada Motosikal Semasa Set Penggambaran

Seperti sebelum ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@syazlieshah_official) menyaksikan seorang pelagak ngeri sedang berlakon di sebuah set penggambaran sekitar jalan raya.

Hantaran video itu menunjukkan klip di sebalik takbir filem dipercayai untuk sebuah produksi karya tempatan.

Menerusi hantaran itu, Syazlie dilihat memecut sebuah motosikal Modenas Pulsar NS200 ketika pengarah produksi menjerit “Action!” dan kemudian melanggar sebuah kereta di hadapannya.

Oleh kerana impak yang besar daripada hentaman kenderaan, pelagak ngeri tersebut dilihat terbang daripada motosikal dan menterbalikkan dirinya atas kereta berkenaan.

Selepas itu, Syazlie dilihat selamat mendarat menggunakan lututnya sebelum berguling di atas jalan tar.

Menurut Syazlie, aksi yang dilakukannya itu tidak membawa kepada sebarang kecederaan kerana dia telah memakai ‘padding’ dalam jaket sebagai langkah keselamatan.

“Alhamdulilah selamat dan tiada kecederaan,” ujarnya.

https://www.tiktok.com/@syazlieshah_official/video/7290553839428570370

Reaksi Warganet Lihat Lakonan Aksi Lagak Ngeri

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet telah memuji aksi lagak ngeri yang diperlakonkan oleh Syazlie.

Ada juga berkata bahawa gaya lelaki yang dilihat profesional itu amat sesuai untuk menjadi seorang pelakon.

“Macam profesional je caranya. Memang sesuai betul jadi pelakon,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ada juga netizen yang mengharapkan agar pelagak ngeri tersebut mendapat gaji setimpal dengan aksi berbahaya dilakukan.

“Patutnya stuntman kena dibayar lebih. Mereka juga membantu untuk menghidupkan sesuatu karakter,” ujar seorang pengguna TikTok.

Orang ramai dalam masa sama telah mendoakan agar Syazlie menjadi seorang pelagak ngeri terkenal dan kerjayanya dalam bidang tersebut berkembang pada masa akan datang.

“Hebat, semoga abang jadi pelakon paling famous satu hari nanti,” jelas seorang lelaki.

Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan netizen yang berkata bahawa Syazlie seolah-olah menyerupai pelakon lagak ngeri terkemuka, Jackie Chan!

Sumber: TikTok (@syazlieshah_official)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Momen Jackie Chan Menangis Tonton Semula Babak Dalam Filem Lakonannya Bikin Ramai Sebak

Baca Artikel Berkaitan: “Good Idea Let’s Do It” – Syamsul Yusof Ajak Maya Karin Berlakon Watak Mahsuri

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Benar-Benar Yakin Dengan Langkah-Langkah Keselamatan Yang Diambil” – Kenyataan Penganjur Tentang Isu Ropeswing


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd