Now Reading
[Video] Momen Jackie Chan Menangis Tonton Semula Babak Dalam Filem Lakonannya Bikin Ramai Sebak

[Video] Momen Jackie Chan Menangis Tonton Semula Babak Dalam Filem Lakonannya Bikin Ramai Sebak

Jackie Chan mengalirkan air mata selepas dia memberitahu kepada gadis itu apabila terpaksa melalui kesakitan yang perit ketika melakukan aksi ‘stunt’.

jackie chan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Siapa tak kenal dengan pelakon legenda terkenal iaitu Jackie Chan yang sering muncul dalam filem aksi bertaraf antarabangsa.

Sejak memulakan kerjayanya pada tahun 1960-an, sudah lebih 150 filem yang dibintangi oleh Jackie dan boleh dikatakan hampir kesemuanya akan mendapat sambutan hangat dari para peminatnya.

Antara filem Jackie Chan yang popular adalah seperti:

  • Wheels on Meals (1984)
  • Police Story (1985)
  • Rush Hour (1998)
  • The Tuxedo (2002)
  • The Karate Kid (2010)

Jackie Chan Sebak Selepas Tonton Semula Filem Lakonannya Terdahulu

Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman Twitter (@Tegadeyforyou), Jackie Chan dilihat bersama seorang gadis yang dikatakan anak perempuannya sedang menonton filem lama lakonan pelakon tersebut.

Babak dalam filem tersebut menunjukkan beberapa aksi di mana Jackie Chan terseret pada jalan dan terjatuh dari tingkat atas.

Selepas melihat babak tersebut, gadis tersebut bertanya kepada Jackie Chan sama ada dia merasa sakit atau tidak ketika melakonkan babak tersebut.

Jackie Chan kemudiannya dilihat mengalirkan air mata selepas dia memberitahu terpaksa melalui kesakitan yang perit ketika melakukan aksi lakonan itu.

Keadaan menjadi lebih sebak apabila gadis berkenaan turut menangis sambil memeluk lengan Jackie Chan.


Ramai Netizen Turut Menangis Kerana Sebak Lihat Momen Anak-Bapa Itu

Video tersebut membuatkan ramai netizen turut menangis selepas melihat momen anak perempuan dan bapa itu mengalirkan air mata ketika melihat filem lama lakonan Jackie Chan.

Malah, mereka juga memuji betapa hebatnya lakonan oleh penggiat seni legenda antarabangsa ini dalam melakukan aksi hebat dalam filemnya.

Setiap filemnya juga memberi nostalgia kepada zaman kanak-kanak kerana banyak filem yang dihasilkan pada zaman dahulu.


Rupa-rupanya Babak Sebak Itu Hanyalah Lakonan

Mungkin ada yang sudah berkotak-kotak tisu menangis melihat momen itu, tetapi sebenarnya tangisan itu adalah salah satu babak lakonan dalam filem terbaharu Jackie Chan iaitu Ride On.

Filem Ride On itu telah pun ditayangkan di pawagam seluruh dunia sejak April lalu.


Hubungan Jackie Chan Dan Anak Perempuan Yang Renggang Akibat Kecelaruan Jantina

Untuk pengetahuan anda, hubungan Jackie Chan dan anak perempuannya tidaklah seperti yang dilihat di dalam klip video dalam filem Ride On itu.

Ini kerana Jackie Chan telah menafikan status Etta Ng Chok Lam sebagai anak perempuannya pada tahun 2017 selepas gadis berusia 23 tahun itu mengambil keputusan untuk tergolong dalam kalangan LGBT.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd