Now Reading
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Raih RM11 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Raih RM11 Juta Dalam Masa 4 Hari Tayangan

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof diinspirasikan daripada kisah sejarah perjuangan Mat Kilau pada tahun 1982.

filem Mat Kilau raih RM11 juta dalam 4 hari

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan fenomena dan mencatat rekod yang luar biasa apabila berjaya membuat kutipan sebanyak RM11 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Tayangan pertama filem Mat Kilau di panggung wayang pada 23 Jun lalu merekodkan sejarah sebagai filem epik tempatan pertama meraih RM1 juta.

Filem terbitan Studio Kembara ini sememangnya telah menarik ramai penonton tanpa mengira usia tua atau muda.

Sumber: Facebook/GSC

Sinopsis filem Mat Kilau

Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan diinspirasikan daripada kisah sejarah perjuangan pahlawan Melayu iaitu Mat Kilau Imam Rasu atau lebih dikenali sebagai Mat Kilau.

Datuk Adi Putra yang melakonkan watak utama filem ini mengambil latar belakang pada tahun 1892 dan mengangkat sejarah kisah perjuangan Mat Kilau bersama ayahnya Tok Gajah dalam menghalang pemerintahan British di Pahang.

Filem ini memaparkan kisah ketika pihak British ingin mengeksploitasi kekayaan hasil bumi milik orang Melayu di Pahang serta campur tangan dalam menguruskan adat istiadat dan agama masyarakat tempatan.

Antara barisan pelakon yang turut dilihat di dalam filem Mat Kilau ini adalah seperti:

  • Beto Kusyairy
  • Fattah Amin
  • Johan As’ari
  • Ellie Suriaty
  • Khir Rahman
  • Nam Ron
  • Datuk Jalaludin Hassan
  • Wan Hanafi Su

Syamsul Yusof bangga filem tempatan kini mendahului

Sumber: Murai MY

Berikutan sokongan positif yang diterima daripada masyarakat dengan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof meluahkan rasa syukur dan berbangga apabila filem tempatan kini mendahului kutipan filem luar negara yang ditayangkan di Malaysia.

Syamsul juga menganggap ini sebagai rezeki daripada Tuhan selain usaha mereka bekerja keras sepanjang proses penggambaran.

Alhamdulillah untuk segalanya. Filem Melayu berjaya mengenepikan filem dari Hollywood. Kita juga hebat dan mampu bersaing dengan filem luar negara. Saya nak ucapkan tahniah buat pasukan produksi kerana telah bertungkus-lumus menghasilkan filem Mat Kilau Kebangktan Pahlawan ini.

Pengarah Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof.

Filem Mat Kilau raih reaksi positif msyarakat

Filem Mat Kilau menerima pelbagai reaksi positif dari masyarakat tempatan selepas menonton filem tersebut di panggung wayang. Boleh katakan ramai yang suka dengan filem ini.

Sumber: Facebook/GSC
Sumber: Facebook/GSC
Sumber: Facebook/GSC

Ramai penonton yang turut mengalirkan air mata ketika menonton filem ini termasuklah barisan artis seperti Nur Fazura dan Emma Maembong.

https://www.tiktok.com/@randommdrama/video/7112700994365951259?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=6967153737346041346

Kalau anda belum tengok lagi filem Mat Kilau, bolehlah ajak rakan-rakan atau ahli kelaurga untuk tonton filem ini di panggung wayang.

Jom kita sama-sama sokong filem tempatan!

BACA JUGA: “Power kot!” – Trailer Mat Kilau Dapat Pujian Pengkritik Filem, Buat Ramai Tak Sabar Nak Tonton [Video]


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd