Now Reading
Ini 7 Podcast Untuk Kuatkan Ilmu Agama Di Bulan Ramadan. Jom Dengar!

Ini 7 Podcast Untuk Kuatkan Ilmu Agama Di Bulan Ramadan. Jom Dengar!

Terdapat banyak podcast Islamik yang boleh didengari melibatkan pendakwah antarabangsa seperti Omar Suleiman, Mufti Menk dan Yasmin Mogahed.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Zaman sekarang ini semuanya berada di hujung jari sahaja. Tinggal mahu atau tidak sahaja untuk kita mencarinya.

Bagi anda yang mahu menambah ilmu berkaitan agama, ada banyak video boleh ditonton di pelbagai platform seperti YouTube, TikTok, Instagram dan sebagainya. Paling best, Spotify juga mempunyai podcast yang bermanfaat untuk didengari.

Sambil-sambil memasak atau memandu kereta, boleh pasang podcast pilihan anda dan secara tidak langsung dapat menambah ilmu pengetahuan di bulan Ramadan ini.


7 Pilihan Podcast Untuk Tambahkan Ilmu Agama Di Bulan Ramadan

Bagi anda yang baru pertama kali mahu membudayakan amalan mendengar podcast berilmiah, jom kami senaraikan beberapa cadangan podcast kepada anda.

Antaranya:

#1. The Digital Sisterhood
Sumber: YouTube IslamChannel.TV

The Digital Sisterhood ini merupakan podcast nombor satu di Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom bagi kategori ‘Self-Improvement’. Bukan itu sahaja, podcast ini juga tersenarai sebagai podcast kedua terbaik di aplikasi penstriman Spotify.

Podcast ini dikendalikan oleh seorang wanita Mexico dan juga dari Amerika Syarikat yang cuba untuk menyangkal segala stereotaip tentang wanita Muslim.

Untuk mendengarnya, anda boleh klik [DI SINI].

#2. Muslim Central
Sumber: Muslim Central

Muslim Central adalah salah satu podcast yang sangat popular di seluruh dunia kerana melibatkan pendakwah terkenal seperti:

Pelbagai topik yang dibincangkan oleh para pendakwah ini termasuklah tentang perkahwinan, puasa, sirah Nabi Muhammad SAW, ibadah dan sebagainya.

#3. Yaqeen Podcast
Sumber: Yaqeen Institute

Selain memuat naik podcast di platform Muslim Central, pendakwah dari Amerika Syarikat ini iaitu Omar Suleiman juga mempunyai podcast miliknya sendiri bernama Yaqeen Podcast yang dihoskan oleh Mohamad Zaoud iaitu bekas pekerja Al Jazeera selama lapan tahun.

Podcast ini menjemput beberapa penceramah lain untuk membincangkan tentang pelbagai topik dalam agama Islam.

#4. Mindful Muslimah
Sumber: Mindful Muslimah

Podcast Mindful Muslimah ini telah distrim di lebih 150 buah negara seluruh dunia dengan jumlah audiens sehingga 5.3 juta orang pendengar.

Sehingga kini, podcast Mindful Muslimah mempunyai lebih dari 400 episod yang mengetengahkan tentang beberapa topik seperti tips Ramadan, pengurusan emosi cara untuk menyeimbangkan kehidupan dengan agama, keibubapaan dan lain-lain.

Anda boleh mendengar podcast tersebut [DI SINI].

#5. Talk Ya Haqq
Sumber: YouTube Talk Ya Haqq

Podcast Talk Ya Haqq ini sering membincangkan isu yang berlaku melibatkan belia Islam dan bagaimana ia boleh memberi impak kepada setiap individu Muslim.

Podcast dari negara Ireland ini diasaskan oleh dua orang lelaki dikenali sebagai Idris dan Abdikarim pada tahun 2020 selepas melancarkan episod pertama podcast mereka.

Untuk mendengarnya, boleh klik [DI SINI].

#6. Life of the Prophet Muhammad
Sumber: Spotify/ The Prophet Muhammad Podcast

Bagi anda yang mahu mendalami sirah tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW, podcast oleh Ahson Syed bertajuk Life of the Prophet Muhammad adalah salah satu podcast yang sesuai.

Podcast ini yang mula diasaskan pada tahun 2020 menceritakan pelbagai kisah seperti perjalanan Rasulullah SAW menunaikan haji, penglibatan dalam peperangan, penghijrahan dari Mekah ke Madinah dan banyak lagi.

Kalau anda mahu mendalami lebih lanjut tentang sirah Nabi Muhammad SAW, boleh mendengar podcast tersebut [DI SINI].

#7. Your Muslim Girl Podcast
Sumber: Spotify/ The Statesman

Podcast Your Muslim Girl Podcast ini dihoskan oleh seorang wanita bernama Fatima Sabir yang menyiarkan satu episod baharu setiap minggu di laman penstriman Spotify.

Fatima tampil dengan podcast ini bagi menyediakan ruang kepada wanita Muslim terutamanya di negara Barat untuk sama-sama mempelajari ilmu baharu bagi mengembangkan kemahiran diri.

Untuk mendengar podcast tersebut, boleh klik [DI SINI].


5 Tabiat Bermanfaat Untuk Dilakukan Sepanjang Bulan Ramadan

Dalam bulan Ramadan, inilah masa yang terbaik untuk kita ‘reset’ semula tabiat dan gaya kehidupan sebelum ini ke arah lebih baik bagi memperolehi keberkataan serta pahala dari Allah SWT.

Sumber: Pexels

Antara tabiat yang boleh diamalkan adalah:

  • Membersihkan hati dengan cara memperbetulkan semula hubungan dengan Allah SWT serta ahli keluarga.
  • Tidak mengamalkan pembaziran ketika membeli juadah berbuka puasa. Sebaliknya cuba untuk mengamalkan gaya pemakanan sunnah iaitu 1/3 makanan, kurma dan air.
  • Tidak terlalu fokus kepada kuantitii tetapi lebih mengutamakan kualiti ibadah.
  • Bersikap prihatin dengan diri sendiri dan orang di sekeliling.
  • Menjaga pertuturan dan penglihatan dari bercakap tentang perkara buruk serta pandangan yang melalaikan.

Semoga perkongsian kami ini dapat memberi peluang kepada anda mengisi masa lapang di bulan Ramadan ini dengan perkara-perkara bermanfaat.

Selamat menyambut Ramadan semua!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala

Baca Artikel Berkaitan: 5 Amalan Untuk Maksimakan Pahala Di Bulan Ramadan

Baca Artikel Berkaitan: 7 Amalan Yang Boleh Dilakukan Menjelang 10 Hari Terakhir Di Bulan Ramadan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd